Tabung Masa Depan

Saturday, November 6, 2010

Kisah Dongeng atau Tauladan?

Saya ada kakak. Alkisahnya, kakak saya ni sering pening kepala dengan kerenah anak menakan saya yang memang sedikit nakal tu. Kenapa ya berbeza cabaran untuk menjaga anak lelaki dan perempuan? Anak lelaki agak sukar sedikit kerana lasaknya yang lebih. Kakak saya sering meluahkan perasaannya. (kadang2 konfius jugak. macam la aku  dah kahwin jadi kaunselor tak bertauliah dia). Jadi satu hari, saya memberi saran agar dia bercerita kisah budak nakal, dan balasan yang diterima akibat kenakalannya pada anaknya itu (anak saudara saya yang bernama irfan). Saya percaya kanak-kanak ini, kita perlukan psikologi untuk mengatasi kenakalan mereka. Kerana cara berfikir mereka tak sama dengan kita orang dewasa.

“Alah…malas la aku nak baca kisah-kisah zaman nabi.” Kata kakak saya bila saya suruh dia menceritakan contohnya, kisah-kisah tauladan di zaman nabi.

“Ah kau…novel kau rajin pulak baca ye! Erm…tak semestinya kisah nabi, kisah yang kau reka sendiri pun ok. Janji ada teladan.”

“Betul jugak!” Kata kakak saya.

Sebenarnya, saya cuma berkongsi berdasarkan pengalaman dan melalui pembacaan sahaja. Dulu masa saya kecil, bila saya mahu berjalan-jalan ke rumah kawan-kawan di waktu tengah hari buta (biasalah budak-budak mana reti penat) mak mesti kata... “Ha...berjalan tengah hari macam ni. Tau tak kat luar tu ada keling sabit cari budak-budak. Nanti dia jumpa budak-budak, dia tangkap lepas tu sabit kepalanya. Kemudian dia jual kat luar negara.”

Ye…dapat bayangkan tak macam mana ketakutan saya bila dengar cerita macam tu? Masa tu saya percaya bulat-bulat dan tak keluar rumah. Tapi bila dah besar panjang macam ni, bila teringat balik…’Haiyo! Den dah kena tipu wo…!’ Mak memang bijak!

Jadi, saya rasa kakak saya boleh mengaplikasikannya. Orang kata berbohong sunat.hehehe… ada ke istilah tu? tapi, untuk kebaikan anak-anak juga kan? Harap-harap kaedah ni berkesan. Tak banyak sikit pun jadilah...

p/s: Untuk kakak saya, selamat maju jaya mengarang cerita yek! Ekekeke…

2 comments:

nurayunni said...

btl tue..kdg2 kanak nakal nie tkut bila kita crite mcm2..hikhik

Matahari said...

kan2..hihihi..ada cara nak ajar dia..