Tabung Masa Depan

Tuesday, September 28, 2010

Kakak

Ini adalah anak saudara saya yang ke 6. Nurlisa Ayuni namanya. Namun saya lebih gemar memanggilnya kakak. Gelaran yang dibahasakn oleh dirinya sendiri..Dia ni, anak kepada kakak yang paling rapat dengan saya, jadi sudah tentu anak saudara yang ini sangat rapat dengan saya. Bukan saja saya, malah dia juga sangat senang dengan Acik badnya..

Gambar di atas ini saya ambil ketika pagi hari raya pertama. Malam raya, dia tidur lambat kerana menemani saya membantu mak di dapur. Lumrah keluarga kami akan memasak hampir ke pagi raya. kebiasaannya dalam jam 3 pagi, barulah kami tidur. Kesian saya melihatnya hanya bermain seorang kerana adik dan sepupunya yang lain semua sudah tidur waktu itu..

"Kakak kenapa tak tidur lagi ni?" Saya bertanya.

"Kakak tak ngantuk lagilah.." Jawabnya pendek. Saya tidak berapa percaya kerana saya lihat kadang kala dia terpisat2 seperti orang mengantuk.

"Lapar tak?" Duga saya dia akan menggeleng kerana tabiatnya yang tidak gemar makan. Namun saya silap bila dia mengangguk laju. Owh! kesiannya anak menakanku..huhu

"Jom kita makan ketupat. Nenek dah siap masak. Nak tak?" pelawa saya bersungguh2. Dia mengangguk laju dan terus mengekori langkah saya. Ibunya waktu itu sudah diulit mimpi membiarkan anaknya terkontang kanting sendiri.. ;p

Saya senang melayan anak saudara saya yang ini. Saya lihat dari segi sikapnya, dia menuruni sikap kakak saya. Pendiam dan pemalu pada sesiapa yang tidak dikenalinya. Perwatakannya juga lembut. Terbukti apabila dia sering dibuli oleh adik dan sepupu-sepupunya namun tidak pernah melawan..keh3..Apa yang dia mampu hanyalah menangis... Dengan adiknya, dia sering mengalah. Itulah yang saya kagum pada seorang kakak yang berusia 4 tahun ini..

Gembira saya melihat dia makan dengan banyak. Sesudah makan, dia masuk kebilik dan tidur di sebelah saya hingga ke subuh. Semasa saya bangun, saya lihat dia masih lena dgn tidurnya. Ingin dikejutkan terasa kasihan kerana dia tidur lewat. Lagipun mungkin dia tidak mahu bangun seperti lazimnya...keh3. Jadi saya biarkan saja dulu.

Namun saya silap, tidak lama selepas itu, dia bangun dengan mata terpisat-pisat sambil berkata " Ibu..mana baju raya kakak? hari ni hari rayakan? Kakak nak pakai baju raya la..cepat la bu..."sungguh excited sekali bunyinya. saya hanya tersenyum mendengar kata-kata itu.saya terlupa bahawa bila hari raya, kanak-kanaklah insan yang paling riang sekali. Sekilas saya teringat di zaman kanak-kanak dulu. Walau bagaimana penat sekalipun, saya tak akan melepaskan peluang untuk bangun awal di pagi raya. Selain mahu mendengar alunan takbir yang shahdu, saya juga sebenarnya tak sabar nak melaram dengan baju baru!...keh3

Monday, September 27, 2010

Sabar atau Marah?

Sabar, pemaaf dan profesional...itulah personaliti diri yg saya cari2 selama ini..tapi utk menjadi seorg yg sabar bukanlah mudah...kdg2 bila sesuatu masalah itu timbul, apatah lagi ianya menguji kesabaran, kita akan digoda dek hasutan syaitan dan natijahnya, kita akan cepat berasa marah...saya bukanlah seorg hamba Allah yang sempurna dari segi menjaga sikap buruk begitu. saya akui itu...

Alangkah bagus sekiranya wajah saya akan secomel bayi di atas ini apabila sedang marah. Namun mustahilkan?? ;p Bagi saya,diam adalah cara yang terbaik utk mengatasi rasa itu. Namun kadangkala ia terlepas juga bila dicabar. Itulah yang saya kesalkan... saya benci diri saya ketika saya sedang marah..ramai org tidak memahami diri dalam situasi begini...cuba berikan sedikit ruang, hanya bersendirian dan tdk mahu diganggu..Bknkah setiap org itu punya cara tersendiri utk menyelesaikan masalahnya?

Namun, di sisi yang lain, bila sesuatu masalah terjadi dan saya pasti ia datangnya dari kesilapan saya, saya gemar tanamkn dlm diri agar murah dgn kata 'maafkan saya'. Namun dalam sisi yang lain juga, ia diamalkan untuk lebih menjaga hati org.. Kadangkala, mengalah bukan bererti kita kalah mahupun salah...tolakkan ego ke tepi dan lebihkan toleransi...jadi...

Friday, September 24, 2010

Telinga tersumbat???

Dah hampir seminggu saya tak berapa nak sihat... Mula-mula masa raya ke 2 hari tu, sakit tekak. Pastu terus selsema sikit2..kemudian batuk pulak. Tambah dengan sakit2 badan.. Saya ni kalau sakit memang susah sangat nak gi klinik. saya pun tak tau kenapa. Saya lebih suka biar dia baik sendiri..paling tidak pun telan panadol je..Tapi disebabkan dah seminggu lebih tak baik-baik, saya gagahkan jugak ke klinik..saya pegi pusat kesihatan ukm je..senangkan..tak payah nak bayar2..semua dah msuk dlm yuran. Sebenarnye, walaupun dah 3rd year, inilah kali pertama saya daftarkn diri kat pk tu..keh3..untung besar ukm ni kalau semua student mcm saya kan??kah3..

Semalam masa sampai kat depan pintu pk tu, saya ada terbaca 1 banner pasal tanda2 influenza H1N1..macam cuak sikit sebab tanda2 yang ada dlm list tu semua ada kat saya..Tapi alhamdulillah doktor kata tak ada apa2..

Oh ye..nak cerita pasal tajuk kat atas tu..lepas je selsema, dlm 2 hari lepas, telinga saya rasa macam berdengung..rasa macam tersumbat je..tak selesa sgt2..saya mmg dah risau. takut2 kekal jadi pekak pulak..sbb selama ni kalau telinga tersumbat, tak pernah pulak sampai berhari2..dah masukkan air, pastu keluarkan balik pun, jadi benda sama juga. masih berdengung je rasa..nak cakap pun tak selesa. Saya rasa ni semua ada kene mengena dgn selsema ni kot..sbb saya selalu bersihkan telinga saya ok...keh3..Then call my fiance ngadu kat dia..dia kata "try tutup hidung, mulut, then hembus nafas..nanti ada angin keluar kot telinga..lepas tu oklah.."
saya try byk kali, tapi tak kuar pun angin, last2 try kuar jugak tapi kat telinga sebelah kiri. yg tersumbatnye telinga sebelah kanan..pastu dia suruh tutup telinga kiri jgk..saya try byk kali, angin tu tak kuar2 jgk..rasa mcm nak nangis..saya akan jadi pekak ke? my fiance gelak habis bila saya ckp kat dia mcm tu... :( dia kata "takpe, kalo pekak pun acik bad tak cari lain punye.." wakaka yolah..bodek lebih..

tadi saya try buat kaedah yang sama, dan.....saya berjaya!!!! hahaha...so skang saya tak jadi nak pekak..keh3..Alhamdulillah...walaupun benda yang kecik, tapi kalau nikmat tu Allah tarik, kita tetap akan jadi sengsara kan? so, hargailah apa yang kita ada...

Thursday, September 23, 2010

Rendang Oh Rendang!

Untuk post kali ini, saya nak cerita sikit pengalaman pertama kali buat rendang. Sumpah! inilah kali pertama dalam hidup saya, dapur rumah berasap dek masak rendang...kah3..mesti korang susah nak percayakan? tapi itulah realitinya. Mungkin sudah terbiasa, raya kami tanpa rendang bukanlah sesuatu yang luar biasa sangat. Sebab family pun tak makan rendang. Sebabnya,selama ni kalau jiran-jiran hantar rendang pun, tak berapa nak di usik. Saya pun dulu langsung tak pandang rendang ni. Tak reti nak makan orang kata. Tapi semenjak saya berhijrah dan belajar di politeknik di melaka dulu, saya dah belajar makan macam-macam. Sambal belacan dan ikan keli pun saya belajar makan masa saya di melaka. kelakar kan?

Ok..pertama kali makan rendang di melaka dulu, saya terus jatuh hati..tapi saya suka rendang yang basah. walaupun tak berapa arif, tapi saya tahu jugaklah yang rendang ni ada bermacam-macam jenis. ada jugaklah 2 3 yang saya pernah rasa, tapi yang paling saya suka adalah yang macam saya cuba buat ni... basah-basah sikit..tak suka pulak rendang yang kering..erm..kakak saya kata nama rendang ni, rendang biasa...entahlah labu..hentam je la biasa ke tak biasa..janji mables kat perut I..

inilah rupanya rendang tu..cokang sikit daging yang sepatutnya mak nak buat sate..tak banyak..dalam sekilo lebih je sbb tau org2 kat rumah tu bukan suka sgt dgn rendang. tapi saje nak try kan..mak pun bagi sokongan supaya try wat rendang ni..so buat aje la..resepi amik dari pak google dan rujuk ngan kawan2..pastu combine mana yg patut..

bila dah siap, mak orang 1st yang try..dia kata.."eh, sedaplah! mak suka yang macam ni.." hahaha..kembang segala urat saraf bila dengar mak kata macam tu. Sebabnya mak pun sebenarnya bukan berapa suka sangat dengan rendang. Yelahkan..kalau dia suka, takdenye kami ni tak pandai makan rendang..sebab mak tak pernah buat rendanglah maka kami pun tak tau makan rendang...keh3..

tau tau aje, bila kak rina balik, dia bawak lemang pulak. dia kata teringin nak makan..dia siap beli rendang sikit sbb dia kata kat rumah ni tak pernah masak rendang. tapi rendang yang dia beli tu rasa semacam sikit..akhirnya rendang yang dimasak oleh saya yg jadi pilihan..sekali lagi...kembang...wakakaka

Dan..bila bawak balik kampung pun, sepupu-sepupu saya puji rendang tu..keh3..motif saya bukak post pasal rendang yang saya buat ni, saya nak cerita yang saya happy sgt2 sbb rendang 1st yg saya buat menjadi dan disukai ramai..wakaka...sendiri angkat bakul..alah..bila lagi kan... :p
Mak paling suka rendang ni...dan taun depan, dia suruh buat lagi...baik bos!