Aku terpanggil untuk share pengalaman aku sendiri terkena sakit kayap ni sbb lepas aku baik dari sakit kayap haritu, ada beberapa orang pm aku tanya kat mana aku berubat. Untuk orang yang pernah kena sakit ni, diorang tau la betapa azabnya sakit kayap ni. Sampai satu tahap yang hang takkan mampu berkata-kata betapa sakitnya sakit yg hang hadapi tu. Yang hang mampu cuma menitiskan air mata je. Ha...dapat bayangkan tak sakit dia tu macam mana?
Seumur hidup aku (selama mana yg aku igt) aku tak pernah kena chiken pop pun. Bila pergi hospital dan check dgn doc pakar, benda yg dia tanya ialah "pernah kena chiken pop tak?"
Aku jawab... "Tak pernah."
Doktor pandang aku dgn muka pelik "Betul ke tak pernah? Masa kecik2 dulu? Nanti tanya balik dgn mak".
Ok sebenarnya menurut kata doktor, sakit kayap ni berpunca dari virus ciken pop yg selama ni tidur dlm badan kita. Bila seseorang pernah kena ciken pop, dan tiba2 virus tu aktif balik, maka terjadilah kayap. Itu pemahaman yg simple yg doktor terangkan kat aku. Kalau salah, maknanya doktor tu auta aku.hahaha..
Mula2 kena kayap ni, bermula dgn bijik2 kecik macam air tu je ha...so aku pi klinik la sbb risau tgok benda tu tiba2 naik kat leher. Masa tu tak sakit langsung. Bila pi klinik, aku pi klinik silvam kat alor star ni ( doktor dia sgt nice..aku suka..haha) mmg doktor dah bgtau tu kayap. Doktor kata kayap ni akan baik tak kurang dari 10 hari. Aku relax je masa tu. Sbb aku tak tau lg kayap tu macam mana...aku langsung tak risau. Sbb ms tu tak sakit. Ok kalau korang nak tau ms aku kena kayap ni, aku tgh mengandung 6 bln macam tu. So ubat mmg terhad doktor boleh bg. Aku hanya dibenarkan makan panadol sahaja....
Balik2 tu..tak sakit lagi..aku boleh relax lagi...lama2 semakin terasa. Tapi masih boleh relax..boleh pi bukit merah..haha..tapi ms tu mmg dah sakit. Aku sengaja tahankan. Balik dari bukit merah...masa tu dah hari ke 4..mmg dah tak tahan sgt..aku menangis sepanjang masa...tido pon tak boleh. Boleh dikatakan mmg tak tido lgsg sbb sakit yg teramat sakit.
Balik dari bukit merah tu, terus pi pmc..doc pon tak boleh buat apa sbb aku pregnant. Sama jugak just boleh bg panadol. Pi kmc (siap jumpa doktor pakar dia) pon sama..dia takleh buat apa. Dia siap suggest better pi jumpa pakar kat GH (goverment hospital) lepas tgok kayap kat leher aku. So dapat bayangkan tak betapa kroniknya sakit aku sampai private hospital tak berani ambik kes?
Pi GH...sama jgk...doc pakar just berani bagi panadol. Sbb aku tgh pregnant... Ya Allah ms tu perasaan aku cam apa ntah. Aku nak baik...panadol mmg tak jalan. Aku hanya mampu menangis menangis dan menangis...sampai suami naik risau. Bayangkan kalau naik kereta dan suami brek kereta tu..otomatik aku akan rasa sakit yg teramat sgt. Kiranya virus ni cam takleh terkejut. Kalau kita terkejut terus zassssss sakit dia...hahahah..aku tak tau nak cite mcm mana sakit tu...
orang kata, sakit kayap ni berubat kampung je penawarnya. Doktor mmg tak berapa sgt. Kalau itu yg dikata...maka suami pun ikhtiar...kat alor setar, kami cari sorang ustaz ni. Dia ada kedai gunting rambut kat kuala kedah. Pi cari dia... mmg payah nak jumpa tapi sbb nak baik, pi cari jgk bg jumpa kedai dia...dia pun ubatkan...dia suruh bwk daun sireh, buah pinang, kapur, gambir ( kalau aku tak silap), bedak sejuk & air. Dia bacakan doa...dan ajar aku macam mana cara nak guna bahan2 td...
balik rumah...aku cuba..ramas2 bahan sireh, gambir, buah pinang, ngan kapur td..amik airnya...buh dlm bedak sejuk..sapu kat tempat kena kayap...air dlm botol mineral pulak, dia suruh aku buat mandi...
Alhamdulillah..lega sikit. Tapi tak bertahan lama. Malam tu aku masih tak dpt tido..aku tepon mak nangis2. Mak pun risau. Dia suruh aku balik johor berubat kat sana. Soknya tanpa berlengah aku terus balik johor. Korang kalau dah sakit, mmg takkan pikir apa2. Pikir nak baik je. & baru terasa nikmatnya sihat...huhu
Kat kampung, aku berubat dgn bidan kampung. Cik Zara namanya. Kampung aku kat gugusan Adela kota tinggi. So orang2 area sini yg sakit kayap, boleh la gi rumah cik zara ni ( sbb lepas aku kena kayap ni, ramai yg pm aku tanya aku kat mana aku berubat). Bahan ubat dia sama lebih kurang dgn barang ustaz guna. Cuma bedak sejuk tak ada. Cik zara sembur sireh tu kat tempat yg kena kayap. Then dia buatkan beberapa ketul sireh..dia suruh aku makan dan airnya sapu kat tempat kena kayap. Tapi aku tak makan pon...hahahaha..mampu pulak aku nak makan sireh..aku buat macam mana? Aku ketuk2 sireh tu sampai lumat..bg keluar air..airnya tu aku sapukan kat tempat kayap...
Alhamdulillah....berubat ngan Cik Zara berhasil. Lepas kena sembur tu aku terus rasa kurang sakit..dan kayap tu pon semakin lama semakin kering...
Gambar google. Sireh ni sgt bermanfaat bg pesakit kayap. Patut la org dulu2 suka makan sireh kan... sure ada juga manfaat yg lain...
Ini sikit gambaran kayap yg aku kena. Masa ni dah nak naik kat muka dan kepala. Tapi yg sgt teruk kat leher. Minta maaf tak boleh tunjuk sbb....korang pun tau kenapa..heeeee....
Buat yg sedang mencari penawar kayap, aku sure akan ada yg baca post aku ni sbb dulu masa aku kena kayap pun jenuh aku menggoogle...aku doakan korang cepat baik.ada je tanda awal cepat2 la berubat. Jgn jd macan aku. Ikhtiar la berubat kampung ke kalau berubat dgn doktor bkn penawar bg sakit tu. Ada jalan dia...aku ambik masa 1 minggu utk kayap tu kering dan tak bisa...tapi berbulan-bulan utk hilangkan ngilu dan rasa sengal2 kat bahagian kena kayap. Doktor kata tu normal sbb kayap serang urat saraf kita. Dan mmg ambik masa utk baik...
Buat yg tak pernah kena kayap, jgn sesekali kita pandang hina pada sakit kayap ni. Kalau korang dah kena aku gerenti 100% korang takkan malu kata kat org yg korang sakit sbb korang nak cari penawar tu. Setiap penyakit ada penawarnya. Jangan berhenti berusaha.