Tabung Masa Depan

Monday, May 12, 2014

Spageti Simple & Mudah

Assalamualaikum....

Hari ni aku nak cite pasal spegeti. Sebenarnya nak di jadikan cerita, aku ni bukan la orang yang suka makan spegeti...dulu aku pernah try tapi mmg kategori tak boleh masuk tekak aku. Sama spesis dengan si sushi..jangan la ajak aku makan...mmg tak jalan..pernah dulu aku try...masuk2 mulut terua rasa nak muntah..masa tu mmg tahan je sbb dekat tempat orang ramai..kang kalo aku muntah sendiri yang malu...so kesimpulannya..bek takyah makan dah lepas tu...hahaha..trauma aku..

Nak dijadikan cite, pregnant kali ke 2 ni pelik skit. Hari tu ada makan2 kat rumah kawan sambut besday husband dia, dia masak spegeti..aku merasa la sikit..peh....masa tu rasa nikmatnya....kenapa pelik sgt? Hahaha..mungkin sbb pregnant..hahahaa...alasan..so aku cepat2 mintak resepi dia. Sbb spegeti yg dia buat la yg tekak aku first rasa terus boleh masuk..so aku abadikan kat blog ni sbb aku tak nak resepi ni hilang. Haha...aku kan jenis pelupa. Aku dah try sekali..mmg sedap gilos di tekak aku..hahaha..perasan..

Ni antara bahan bahannya:

1. Bawang besar, bawang merah, bawang putih potong dadu.
2. Satu sudu rempah kari. Aku guna rempah kari daging.

Tumis dgn minyak sampai naik bau..agak2 dah garing, masukkan;

3. Sos spegethi kimball
4. Satu sudu besar sos cili
5. Satu sudu besar sos tomato
6. 2 3 sudu sos tiram
7. 1 botol sos lada hitam (250gm)
8. Daging cincang
9. Mushroom sup ( chambell sup 1 tin 290gm)
10. 1 tin air kosong
11. Meatball
12. sosej
13. Cepsicum (tapi aku tak masukkan sbb aku tak suka..haha)
14. Cendawan butang potong nipis2
15. Tomato..

Dah masukkan smua tu, perasakan dengan garam & gula secukup rasa. Tapi aku letak sikit je garam ngan gula sbb bahan2 tadi dah ada rasa masing2...

hasilnya mmg mantap la. Anak aku pun suka...hahaha...i like..

SELAMAT MENCUBA UNTUK KALI KE 2 DAN SETERUSNYA BUAT AKU...HAHAHA

Friday, January 10, 2014

Bila Ilham Layan Upin Ipin

Ilham ni peminat upin ipin. Pernah tukar cite karton yang lain pastu dia mengaruk sebab nak tengok upin ipin jugak. Bila bukak balik upin ipin, dia senyap. Kalau tengok cara ilham tengok karton ni, memang kusyuk habis.harap2 dia kusyuk macam ni bila belajar nanti..hehehe...

Hantar gambar ni kat mak uda, ni reaksi dia..

Tak pegang2 tu time mula2 je la..lepas tu...

Amik ko...tengok camni pon boleh..ni kira dah bosan tahap 7 petala langit la ni.  >.<"

Apa pun aku suami isteri takde la bg ilham layan karton 24 jam. Sebab aku pun masa kecik langsung tak suka tengok cite karton. Hahaha..tolong jgn tanya aku bab karton lebih2. Sure aku jd blurrr. Ni bila ada kelapangan masa je. Sehari ilham nak tengok karton kat tab pun kdg2 tak dpt. Aku tak nak ajar dia sgt takut nanti dia leka tak bak berenggang dgn gajet. Aku lebih suka ilham main permainan2 yg dia boleh pegang dan explore. Konon2 nak buat batang eskrim warna warni untuk ilham belajar kenal warna tapi, mana aku nak cekau batang eskrem byk2? Hahaha...beli je la menan educational toys yg murah2..yg penting dpt belajar kan.k la...next time aku update lg.bye...assalamualaikum..

Wednesday, November 6, 2013

Ilham 9 Bulan

Assalamualaikum..

Ilham dah 9 bulan.. cepatnya masa berlalu...skrg ni semua orang suka layan dia. main dgn dia..budak tgh nak membesar. rasanya time macam ni la yg best nak main dgn dia kan.. dia pun tgh ligat sangat. Ilham skrg dah laju gila merangkak. part paling best bila dia nampak aku, dia akan merangkak laju-laju dtg kat aku sambil gelak-gelak.. Ya Allah...moment yg sgt indah.. aku rasa setiap ibu akan rasa betapa bahagianya saat macam tu...kalau lepas balik kerja, dia nampak aku, dia akan ketawa melonjak-lonjak.hilang terus semua penat nampak muka dia yg sangat happy tu...

Doa mama, semoga Ilham sentiasa dalam lindungan Allah SWT. jadi anak solleh, bijak. mendengar kata, sihat tubuh badan dan dijauhkan dari segala marabahaya. Mama sayang Ilham sangat sangat sangat...

Thursday, August 15, 2013

Tidurlah Anakku...

Aku suka tengok Ilham tido. Rasa tenang sangat jiwa. Senang hati bila tengok dia tidur lena sebabnya...aku pun boleh tidur dengan tenang..heheheh.. apa-apa pun...mama papa sayang Ilham sangat sangat sangat!

tidur la anakku..

gaya feveret Ilham. ikut macam tok ma dia...

seksinya bibir dia tu..hehehe

Muhammad Ilham Shafiy

Anakku dah membesar.. Sekejap je Ilham dah 6 bulan. Makin bijak dia. Ada anak ni kadang-kadang mencabar, menguji kesabaran tapi yang pasti sangat membahagiakan. Seronok sebab tiap hari dapat tengok perkembangan dia. Kesian kat papa Ilham sebab terpaksa berjauhan dengan Ilham. nak suh mama yang jauh mmg tak la aku nak jauh dengan anak aku kan. tak sanggup...

Sebenarnya banyak benda aku nak post kat blog ni. dari cerita masa nak bersalin, berpantang dan banyak lagi. ada beberapa perkara yang aku nak share. masa berpantang hari tu banyak jugak masalah tapi dengan adanya pak cik google dan petua dari blogger-blogger yang baik hati post kat blog diorang, maka aku dapat menghadapi masalah-masalah aku tu. sbb tu la aku pon nak share kat sini supaya dapat bantu org lain yang memerlukan pulak. nanti ada masa aku publishkan ye...

Sekarang ni layan gambar Ilham dulu...heheheh...

kih3..ingat dia nak nangis kena buli. rupanya menyengih lagi..

lepas nangis sbb mama nak ambik tab dia.... =.=" dia nak layan upin ipin...

hahaha..muka baru bangun tido. sbnrnya masa ni dia tengah gelak-gelak..

Ilham ni susah sangat nak tangkap gambar dia senyum. kira rezeki la kalau tertangkap gambar dia happy-happy. MIL aku kata cam papa dia masa kecik..huhu

Kena buli dengan papa...kesian... 

Semoga Ilham jadi anak soleh...amin...

CHEESE CAKE SEDAP DAN MUDAH DI BUAT

Assalamualaikum..

Tajuk boleh tahan kan? hehehehe. saja la aku nak simpan resepi aku kat sini sebab aku ni jenis pelupa. kang kalau aku simpan kat lain ntah hilang kat mana-mana ntah. kalau simpan dalam blog aku ni sekurang-kurangnya dapat bantu korang-korang yang nak buat cheese kek jgk kan? so ni la resepi aku yg sangat mudah...

Resepi ni untuk 2 biji kek terus. sebab aku buat untuk family kalau 1 kek je mmg tak cukup. ni pun tak cukup. raya tahun depan kena buat 10 biji..hahahaha. kalau korang nak buat untuk 1 kek, pandai-pandai la korang bahagikan 2 yek..eheh...

Bahan: Untuk 2 biji Cheese Cake (Loyang 8.5")
Base (buat untuk 2 kek terus):
Bahan: 1 paket biskut marie munchy perisa asli 300g 1 paket buttercup .
Cara: 1. Hancurkan biskut. Tumbuk biskut dengan lesung. Pastikan tidak terlalu lumat. JANGAN kisar halus. 2. Gaulkan biskut yang telah di hancurkan dengan buttercup yang telah lembik. 3. Pastikan sebati. 4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian untuk 2 base cake. 5. Masukkan setiap 1 bahagian ke dalam loyang dan tekan-tekan. 6. Biarkan seketika.
Layer Cheese Cake: (Untuk setiap satu kek)
Bahan: 1. Cream Cheese Jenama Fatura 500g (pastikan telah dilembikkan) 2. 200ml whiping cream jenama Anchor 3. 2 biji telur gred C (dibuang pusat) 3. Satu sudu kecil (sudu teh) sunquit- untuk bagi masam sikit. Nak letak perahan lemon juga boleh. 4. Satu sudu kecik (sudu teh) isen vanila 5. 120gm gula kastor
Cara-cara:
1. Masukkan cheese cream, whiping cream, gula kastor, isen vanila, dan sunquit. 2. Putar sehingga sebati. 3. Masukkan sebiji demi sebiji telur dan pukul lagi adunan. (Pastikan jangan terlalu lama adunan di pukul. Cukup sekadar sebati sahaja.) 4. Masukkan adunan yang telah siap ke dalam loyang yang mempunyai base tadi. 5. Bakar dalam oven dengan kepanasan 150 darjah celcius selama 30-40 minit. 6. Tengok kalau dasar kek dah keperangan sikit2 maknanya dah masak. 7. Biarkan kek seketika di dlm oven supaya kek tak terkejut dan merekah secara mendadak. 8. Bila dah sejuk, keluarkan kek.sejukkan dulu sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk. 9. Bila kek dah sejuk boleh di hias dengan blueberry. 10. Potong kek dgn menggunakan pisau yang di rendam dengan air panas agar potongan nampak cantik dan tidak serabut. 11. Sedia untuk di hidang.

Ni bahan-bahan yang aku guna

Loyang ni best. Beli kat ikea. murah je. tak ingat berapa RM..20 ke 30? lebih kurang la..hehe

klasik cara aku tumbuk. lantak pi la asal jadi..lol...

campur dengan butter cup

gaul dengan tangan je lagi kaw..uhukkk

tekan atas loyang jadi rata camni

sesi pukul memukul...

pukul janji sebati. jangan lama sangat.

tuang dalam loyang yang dah ada base biskut dgn butter td..

Bakar..kepanasan 150 darjah celcius selama 30-40 minit. Abaikan oven yang comot. :p

Siap untuk 2 biji...

Komen: (ni lepas makan & untuk aku improve akan dtg..)
Base terlalu tebal bagi aku. So lps ni kurangkan biskut kpd 100gm setiap loyang shj @ agak2 nipis je.. (sbb aku tak suka makan base dia. tapi suami aku kata dah ok sbb dia suka makan base tu. terpulang pada masing-masing punya citerasa kot..)
Rasa dah sedap cuma tekstur agak kasar sikit. Boleh buat bg smooth skit. Mungkin boleh keluarkan cream cheese bg cair dulu baru la pukul adunan...
Apapun..kek ni mmg laku gila. sekejap je licin....heheheh.. nasib baik family aku mmg suka makan cheese kek ni so semangat aku nak buat lagi yang sedap-sedap untuk diorg..
Sekian..Selamat mencuba kepada yang ingin mencuba... :)

Alhamdulillah...utk kek tahun 2014..tekstur semakin cantik..haha...masih mengekalkan resepi yg sama..cuma berbeza oven shj..

Happy baking u ols...xoxoxo...

Tuesday, June 11, 2013

Rindu Bertamu ; p

Rindunya lah aku kat blog aku ni... nak buat macam mana? Setiap kali nak update story sikit-sikit, mesti tak lepas nak masukkan gambar. Internet sangat la slow.. bosan kita tau.. huhuhu.. banyak sgt cerita nak di omelkan dalam blog ni. Simpan jd draft je dulu. Nanti bila masa2 lapang, aku akan publishkan. Nak melayan internet yang slow ni alamatnya tak buat kerje la aku... grrrr...

Jumpa lagi.

Tuesday, July 17, 2012

Semoga Baby Terus Sihat...Amin...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pejam celik, pejam celik, dah 14 minggu usia kandungan mama.  sekarang ni bila tengok baby comel-comel, rasa tak sabar sangat nak tunggu baby sendiri keluar. Tak sabar nak tunggu bulan 1. baby jaga diri baik-baik k… nak makan apa-apa bagitahu je papa nanti papa gi beli utk baby…;p

            Sebenarnya, aku rasa semua kawan-kawan aku tahu yang aku buat Herbalife part time. Dan tak di nafikan selama setahun yang lepas aku consume Herbalife setiap hari. Tapi, sejak tahu pregnant mei lepas, aku terus berhenti minum Herbalife. Bukan sebab ibu mengandung tak boleh minum Herbalife ye…bukan2…tak sama sekali. Tapi aku sendiri yang malas. Malas nak bancuh shake (padahal senang gila nak buat…) . entah kenapa aku jadi lost… susu-susu memang langsung la aku tak minum kan… aku just amik asid folic je… sampai 1 masa, usia kandungan 7 minggu, aku bleeding… takut sgt2… aku rasa ibu-ibu yang pernah mengandung mesti faham perasaan aku saat ni. Buat mereka yang tak pernah mengandung lagi, tak apa tak faham.. one day kamu akan faham… :) pergi klinik, Doktor check, doctor kata tak ada apa-apa, doctor kata bleeding bagi wanita hamil sebenarnya perkara biasa. Mana la aku tau kan.. sebab aku tak pernah lalui benda ni. Semua first time. Doktor tu pun relax je bila aku cite itu ini... dia kata lagi, bleeding ni samaada baby sihat @ tak je... aku tak berapa faham sebenarnya. mula2 tadi kata perkara biasa...pastu, biar je la doktor tu buat keje dia... Doktor scan tengok baby, dia senyum. then kata..."ok ni..tengok,sihat lagi, takde masalah..tu nampak tak degup jantung dia?". aku tengok arah jari telunjuk doktor tu..ada kelip2 jantung baby..laju berdegup. doktor siap suh papa tengok sekali..papa nampak
sgt-sgt teruja…wah…moment tu memang takkan aku lupa… (T.T)

            Lepas daripada tu, aku tekad, aku nak jaga baby baik-baik. Tobat dah. Tak nak main-main. Papa pun belikan susu enfamama… suh minum susu banyak-banyak. (tapi aku jarang minum jugak…ampun…hehehe)..tapi yang pasti, setiap hari aku akan amik Herbalife Shake. Sehari 2 kali. Pagi dan malam. Makan macam biasa. Banyak makan buah-buah.. susu aku minum juga. Biasanya kalau kat office. Minum susu dan milo..gilir-gilir ikut mood..hehehe.. Cuma aku ada dgr member bagitahu, susu untuk ibu mengandung ni kalau kita consume sehari 2 kali, boleh menyebabkan berat badan naik mendadak. Aku tak tahu la kebenaran tu sejauh mana. Tapi sebab aku dah amik herbalife, so susu aku amik sehari sekali je. still minum jugak. no problem...minum Herbalife tak bermakna tak boleh minum yang lain...

             Tapi Alhamdulillah…haritu, second appointment dengan Doktor, dia check aku punya berat semua terkawal. Takde masalah. Dia kata aku takde masalah untuk control berat. Alhamdulillah.. aku senyum je. Sebenarnya sekarang baru aku sedar. Bukan senang  tugas seorang ibu. Dugaan sejak dia mengandungkan kita lagi. Macam-macam nak kena jaga.. berat kena jaga betul-betul. Kalau tak nanti macam-macam penyakit datang kat kita. Sebab tu masa mengandung kena pilih makanan yang betul-betul berkhasiat. Tapi masalahnya, kadang-kadang badan tak nak terima makanan tu. Muntah balik semua… letih.. tapi alhamdulillah.. dengan Herbalife aku takde masalah tu semua…kalau doctor kata ok, maknanya boleh la teruskan makan cam sekarang….=)

            Tapi kan.. aku tak tau la nak kategorikan aku ni jenis apa. Degil kot… ;p sebenarnya dari dulu lagi aku ni jenis malas makan ubat. Kalau sakit, gi klinik, lepas tu baik tanpa makan ubat dengan betul. Maksud aku, kadang-kadang ubat tu terbiar je jadi barang perhiasan. =.=”. panadol memang haram la malas aku nak makan kan. Setakat pening2 biasa tu, ubat aku tido je la.malas aku nak makan2 ubat...hehehe.. lagipun makan panadol tu tak berapa elok kan? Herm..korang serch la sendiri apa sebabnya…so sekarang ni time pregnant, doctor akan bekalkan aku bebrapa jenis pil cam, asid folic, vitamin dengan 2 lagi yang aku tak hafal namanya (dah nama pun tak suka makan ubat2 pil cenggitu memang lambat la aku nak hafal kan..haha). tapi sebab sayang baby, aku makan jugak setiap hari. (kadang-kadang terlupa, tapi nasib baik ada papa tolong ingatkan…heheheh)

            Sebelum ni, masa awal2 pregnant tu, tak makan langsung apa-apa supliment, memang rasa tak bermaya, letih, dll… sekarang Alhamdulillah rasa strong je. Boleh kerja cam biasa. Haritu ajak papa gi event Herbalife. Papa baru sedar kenapa mama takde kena morning sickness, loya2, pening2 yang teruk macam mama2 pregnant yang lain. Papa kata mama ni antara mama yg strong jugak la sbb papa kan jauh. sekarang papa tau dah sebab apa. Dan papa dah ok je mama tak minum susu tapi minum herbalife je..hehehehe..eh tapi nak betulkan kat sini. Herbalife bukan supplement yek..tapi  meal replacement.

Kalau sekarang ni, papa ada, mama mesti suh papa buatkan breakfast utk mama. Shake Herbalife of kos…hahaha…senang je.. papa pun dengan senang hati gi dapur bancuh shake. sbb papa tau kalau mama tak minum shake nanti petang je mama dah letih-letih, pening-pening dan nanti papa yang susah kan...hahaha..And yang paling bestnya shake papa tersangat la sedap. Sekali mama tengok F1 shake mama cepat je habis… =.=” patut la sedap dia letak F1 byk ler tu…takpelah.. janji papa bahagia… ;p

Akhir kata…semoga baby terus sihat…hahaha..panjang bejela celoteh tapi penutup ciput je..dah takde idea…sorry la k.. kepada kwn2 yang nak cuba consume herbalife, jangan malu2 pm k.. just msg or call 013-7255564. bye…  :)

Monday, June 25, 2012

Ketawa

Bestkan kalau kita dapat ketawa sepuas-puasnya. Macam bahagia sangat. tak ada masalah. Kadang-kadang bila kita ketawa, kita tak fikir langsung perasaan orang lain. Apa yang orang lain rasa. Kadang-kadang kecewa pun ada jugak dengan sikap segelintir manusia. Aku tak mengharap. dan memang tak pernah berharap. Bukan senang orang nak faham kita. dan aku pun malas nak menyusahkan orang lain untuk faham aku. Aku dah di ajar dari kecik untuk berdikari. Tapi bila kesedihan kita di jadikan bahan gelak ketawa, aku rasa dah melampau. Kita ketawa, biar ada asasnya. Tapi kalau masih juga nak ketawa, terpulanglah... mungkin 1 hari nanti Allah akan balas ketawa kita dengan kesedihan pulak. Dan waktu tu jangan tanya aku "kenapa?".

Thursday, May 3, 2012

Bos, Nak Pindah Please...

*akan menggunakan kata nama aku dalam entry ini untuk penghayatan yang lebih mendalam pada diri sang penulis.

tup tap tup tap dah bulan 5 tahun 2012. Sekejap je masa berlalu kan? dan pejam celik, pejam celik dah setahun lebih aku keje kat kampeni aku keje skang. Tak boleh bgtau la kampeny apa. nanti aku kena serang. :p mula-mula dulu masa aku mintak keje, aku tak aspek langsung yang aku nak keje lama ngan kampeni ni. nanti2, aku cari la keje lain yg lg best kan..aku bayangkan aku just nak dptkan keje supaya aku tak bergelar penganggur je. dan alhamdulillah doa aku di makbulkan. :)

Di jadikan kisah. aku bertahan sebenarnya sbb aku nakkan pengalaman. Sebab apa? mana2 kampeni yg best2 nak cr org mesti nak ada pengalaman at least 3 tahun ke atas. Kalo fresh, mcm susah sikit je. melainkan kalo dia mmg pandai gila la kot. mcm aku yg suam2 teramat suam kuku ni, mmg macam kena bermula dari bawah. :'(

Tapi bila dah lama keje kat situ kan, aku rasa cam hepi je. walaupun kampeni tu selalu kena cerca maki hamun, tapi kami bekerja kat situ dgn suasana yg harmoni je tau..hahahaha.. laki aku pun kata, dia tak pernah dengar aku mengeluh stress ke apa pasal keje aku. tak macam masa aku keje sambilan jd cashier kat jusco. siap nangis2 bagai. yelah short duit je manjang mau tak nangis? ratus-ratus plak tu..hahahaha..pengalaman weh..(sebenarnya aku nangis pasal memikirkan gaji aku kena potong utk bayar short ;p). mana nak dpt pengalaman camtu? dan memang aku akui la byk2 keje, keje skang paling best buat masa ni. tapi...keje skang pun just untuk kumpul pengalaman. aku nak bermula dari bawah. InsyaAllah...

tapi yang paling penting skang ialah, aku nak kena kumpul kekuatan untuk jumpa bos yang agak besarjugak la dalam kampeni tu. pasalnya? aku nak mintak tukar ke cawangan kedah. ekceli, cawangan tu belum ada. tapi bakal ada la untuk 1 malaysia. maknanya setiap negeri akan ada satu cawangan. skang ni diorg tengah plan2 la. dan ada cawangan yang dah bukak pun. so aku rasa skang la masa paling sesuai untuk aku ngadap bos buat muka kesian untuk tukar ke cawangan...huuuuu......

doakan aku ye kawan-kawan. aku nak balik ke kampung suami. yelah..kan orang kata syurga isteri kat bawah telapak kaki suami.. erm...tengah nak mengejar syurga la ni... ;p moga aku sukses.. nak cakap byk2 kali..amin...