Tabung Masa Depan

Monday, October 26, 2009

Lesen..

Disebabkan kebosanan menghadap nota2 Ib, maka dengan itu, izinkan saya merapu di sini barang sepatah dua..baca punya baca, aku ada la terbaca pasal licensing bila kita dah kuarkan sesuatu produk dlm buku ni..then..mulalah aku berkhayal...

Teringat pulak masa aku mula2 nak amik lesen kereta dulu..pe kaitannya??? keh3..dah nama pon berkhayal..so izinkan utk sy meneruskan cerita saya..Bila igt2 balik pengalaman nak amik test keta, mmg mencuakkan..rasanya hampir 4 tahun peristiwa tu berlalu..Pertama kali nak amik test, memang sgt excited skali dan itulah yg menyebabkan padah sebenarnya..Aku fail utk kali pertama. Ceh!!! sbbnya??? owh! yg pasti bukan fail tang bukit yek..tu cukup teror..wakaka..parking pon...bukan2...1 tiang pon aku takde langgar..cukup berhemah sekali yek aku melalui fasa pertama tu walaupun ms tu ramai yg fail..lelaki pon ada fail bukit jugak. hahaha..bila igt2 balik..kelakar pulak mengenangkan bagaimana aku bersama 2 org lagi kawan aku yg lain begitu cuak bila tengok org fail bukit tu..tapi bila aku lulus..lega....ceh...

Tapi kusangka redup sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari..( asal pelik jek peribahasa aku) owh..silap2..redup tu tukar sendiri jd panas yek..erm..aku fail tang jalanraya..yang sedihnya..aku tak masuk lg jalan raya.. :( masih kat dalam kawasan blaja tu aku dah fail..sgt sadis sekali..sebabnya???? aku berhenti dalam petak kuning sebelum nak kuar kat jalan raya.. (T_T). ntah bila ada petak kuning kat situ aku pon tak sedar..Selama aku blaja kete, relax jek..sumpah tak perasan lgsg ada petak kuning..da nasib la katakan..Abg JPJ tu selamba tanya aku.. "nape berhenti dalam petak kuning??" aku pon tercengang2..dia kata lg.."tau tak awak da fail ni?? berhenti kat tepi." Sangat terkilan sekali rasanye ye masa tu..Yelah..dah la dtg jauh2 smata2 nak ngadap test tu, last2 fail...kempunan nak bawak kete... (T_T)

Tapi takpe..usaha diteruskan lg utk test ke 2..hehehe..tp bila time nak test tu plak aku leh demam teruk..mengigil2..da la mmg takut nak mik test..so ganda la lg gigil2 tu..tp tetap maintain..bertahan..tunggu punya tunggu, aku org terakhir amik test ari tu..Cis! aku tau la aku pnh fail..sampai hati tol wat aku cam tu..kecewa (T_T)..masa tu dlm kol 4..aku cuba bawak dengan penuh berhemah sekali...walaupun gigil2, aku kontrol jugak bg nampak cam macho..Ingat lg pak cik JPJ yg handle aku tu sgt peramah.. Masa dlm kete dia asik borak jek..Macam la aku tak tau dia nak trick aku. Cikgu aku dah ajar dulu cara2 org JPJ nak kenakan kita.. ;p..sampai kat lampu trafik tu..lampu ijau dah hampir ke kuning,..pak cik ni bantai jugak berborak..tapi aku tetap FOKUS..n aku tak langgar pon lampu kuning nak ke merah tu.. pastu pak cik tu cakap..."Oooo..bagus yek awak.." ingat apa??nak suh aku fail lagi??tidak pak cik..huhuhu...

Akhirnya aku dapat jugak lesen yg di idam2kan..ingat lg pesan pak cik tu sebelum kuar kete.. Dia tanya.."awak betol2 nak lesen ni??" aku jawab.."nak Encik"..(kena skema ye berbahasa)..mestilah aku nak, kalo tak, takkanlah bersusah payah dlm demam aku bantai amik test tu jgk.. pastu pak cik tu ckp lg.."Ok..awak lulus."( dalam hati dah sorak gembira) pak cik tu sambung lagi..dia kata.."tapi awak kena gunakan lesen ni baik2..guna ke arah yg betul..jgn buat benda tak elok..jgn malukan keluarga.."(tetiba rasa sebak..) aku jawab.."baik encik.."sampai sekarang aku ingat pesan pak cik tu..dalam demam2..akhirnya aku berjaya m'hadapi test tu ngan jayanya..

Bila ingat2 balik, rasanya cam tak sanggup nak menghadapi balik masa tu..mcm mana aku leh hadapi dlm keadaan yg demam..aku kalo demam mmg sgt teruk..lepas test tu..demam smpi 2 minggu tak baik2..apa pun..aku nak ucapkan terima kasih kat sorang kawan aku ni..Dia yg jaga aku masa nak amik test ni..Tumpang tidur umah dia cos masa tu aku ngah praktikal kat JB(aku amik lesen ni kat Melaka).Thanks Nadia n family..jasa anda hanya Allah yang dapat membalasnya...kesian kat nadia..malam tu bilik dia habis bau minyak kapak..sory fwen... ;D

Saturday, October 24, 2009

Sagittarius....

Sebulan lagi bufday saya yg ke 23...wah!!! sudah tua??? bkn la..actually..sudah semakin dewasa...keh3.. kadang2 bila berbual dgn kawan2 lama, tak sedar yg umur kita sudah mahu hampir ke suku abad..terasa mcm br lepas SPM jek.. ;p sabar yek kawan2..yg penting hati kita sentiasa muda belia gitu..

Bercakap tentang umur ni, ada sesetengah org yg sensetif untuk berbicara mengenainya. Sesuatu yg aku kurang faham. Perlu ke untuk kita merahsiakan umur kita yg sebenar??? erm..lupakan..mungkin mereka ada alasan tersendiri..

23 tahun...Rasanya aku ada perancangan tersendiri dalam umur yg sebegini..(sekejap saya, sekejap aku. Erm..Layan!!!apa pun..manusia hanya mampu merancang.. Allah yang menentukan segalanya..Semoga segalanya berjalan lancar...Amin...

Thursday, October 22, 2009

Blurrrrrr

Asas Pengurusan Kualiti..konsep..definisi..sejarah perkembangan kualiti...arghhh!!! tak sampai pon suku buku aku baca da ngantok! lol!!! mcm mana nak cover ni..bnyk bab lg..pening pala aku..sok nak study finance plak.1 lg paper yg aku 'cuak'.. Alahai..beruntungnya kwn2 aku yg dpt transfer paper ni...pe kan daya..dulu aku mik marketing, so nak tak nak kena gak la ngadap dia....(T_T)..

Sem ni tersgt mencabar. siyes...sgt takut nak menghadapi 28hb ni..sem ni blaja dgn sgt terpaksa..takde mood. aku pon tak taulah..tapi badan aku, aku taulah mcm mana aku rasa..arghhh aku perlukan cuti..otak aku ni bukanlah power sgt pon nak menjana segala2nya macam orang lain...cuti...cuti.... @_@...bertahanlah kamu....

Tetiba dalam kebosanan menghadap buku kualiti yg sgt membosankan, aku teringat kat family angkat aku. Teringat kat sesuatu..

Telekung bersulam merah jambu ni hadiah dari mak..sangat sukakan ia..Sulam Merah jambu yg berwarna lembut mmg sgt cantik..Mak kata " takde apa yg mak nak kasi..ni je.." sangat2 terharu..Ni pun dah cukup cantik dan bermakna sekali..Terima kasih mak...

Ni pulak duit raya yg aku dapat dari ketua kampung masa sambutan Deparaya ari tu.. RM2..untung gak la kan..dari tak dapat langsung...

Ni pulak duit raya yg diberi pada semua ahli yg menyertai program ari tu..Lebihan dari duit program...hehehe..syukur la dapat gak..thank u...

Rindu plak ngan kemeriahan program ari tu..walaupun kecewa ngan persembahan sendiri, tapi syukur ada gak orang yang nak ucapkan terima kasih sbb tolong buat persembahan tu..Sekurang-kurangnya..ada jgk orang hargai usaha aku yg tak seberapa..Terima kasih sgt2..n sory tak dpt buat yg terbaik...(T_T)

*Kebosanan membuatkan aku gigih menangkap gambar2 ni sume...

Wednesday, October 21, 2009

Penuntut UKM jayakan rumah terbuka

GEMENCHEH – Kunjung mengunjungi pada musim perayaan khususnya melalui rumah terbuka menjadi amalan rakyat di negara ini tanpa mengira bangsa, agama atau keturunan kerana boleh dikongsi dan dirayakan secara bersama.

Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri masih hangat dengan penganjuran rumah terbuka terutama di daerah Tampin, walaupun tinggal beberapa hari Syawal akan tamat disusuli kehadiran Zulkaedah.

Sempena penganjuran program Bakti Siswa Wawasan Felda 2009 di Felda Bukit Rokan, di sini, seramai 75 penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berganding bahu bersama penduduk setempat me-nganjurkan majlis rumah terbuka DeepaRaya.

Pada majlis berkenaan, seluruh penuntut terbabit bersama penduduk setempat bergotong-royong menyediakan pelbagai juadah seperti membakar lemang dan melapah lembu bersesuaian matlamat melakukan kerja khidmat masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Kampung (JKKK) Felda Bukit Rokan, Muhammad Zain Abd Ghani berkata, komitmen penuntut UKM itu wajar mendapat pujian kerana bertungkus-lumus menjayakan program tanpa mengenal erti penat.

Menurutnya, penganjur-an rumah terbuka DeepaRaya mendapat sambutan menggalakkan penduduk setempat dan dilihat sebagai landasan pengukuhan persaudaraan dalam kala-ngan komuniti di Felda berkenaan.

“Pembabitan penuntut UKM dalam kerja gotong-royong wajar mendapat pujian kerana mereka sanggup mempelajari segalanya dan bersusah payah memastikan majlis rumah terbuka DeepaRaya berjalan lancar.

“Menerusi program gotong-royong ini, mereka mempelajari daripada penduduk setempat cara memasukkan daun pisang dalam buluh untuk dibuat lemang, memarut kelapa dan paling istimewa mempelajari cara membuat rendang Negeri Sembilan.

“Penganjuran majlis rumah terbuka ini tidak hanya mendidik penuntut UKM mengorganisasikan sesuatu program, tetapi proses me-ngeratkan silaturahim antara mereka dan penduduk setempat,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh, Datuk Mohd Kamil Abdul Aziz berkata, dia bangga dengan bakat dan usaha keras penuntut UKM menjayakan program.

“Saya kagum dengan idea, usaha dan corak pe-ngurusan warga UKM yang turut dibantu penduduk Felda dalam menjayakan majlis rumah terbuka. Sesungguhnya, majlis ini bertepatan konsep 1Malaysia dilaungkan Perdana Menteri,” katanya.

Katanya, tradisi kunjung mengunjungi itu diharap terus subur sekali gus wajar dikekalkan seluruh masyarakat pelbagai lapisan bangsa pada masa akan datang kerana menggambarkan permuafakatan rakyat Malaysia dalam meraikan sesuatu perayaan.

“Amalan tradisi kunjung mengunjungi khususnya ke rumah terbuka Aidilfitri ini tidak hanya untuk masyarakat berbangsa Melayu sahaja, tetapi perlu dilakukan kaum lain supaya sambutan perayaan dapat dinikmati dan dimeriahkan semua,” katanya.

Hadir sama, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tampin, Mohd Isam Mohd Isa.

*Artikel dipetik dari Akhbar Sinar Harian.

Tuesday, October 20, 2009

Program Anak Angkat

16-18 Oct yang lepas, aku join program Bakti Siswa ke Felda Bukit Rokan Gemencheh N9. Ia adalah anjuran kls Khidmat Masyarakat 2 dimana program ini adalah merupakan simulasi yg kami perlu lakukan. 40% markah dinilai dari program ini. Harap2 kami semua dapat full mark la ye!

Memang have fun la join program ni..kedatangan kami disambut dengan sgt meriah sekali. Siap ada paluan kompang dan persembahan silat lg..Memang terasa cam org 'besar-besar' pulak..hehehe..Walaupun masa kami sampai, hujan turun dgn sgt lebat, tapi kata ketua kampung, sebelum ni Felda Bukit Rokan dah 3 bulan tak hujan. Tapi hari tu, hari jumaat 16 hb, hujan turun dgn sgt lebat. Mungkin ia adalah berkat kerana kedatangan kami semua. Allah turunkan rahmat ke atas bumi Felda Bukit Rokan yg sudah hampir kering kontang kerana bersedia menyambut kedatangan kami dengan ikhlas...Alhamdulillah..

Siap ada main sembur-sembur api lg. Teror betol anak2 Felda Bukit Rokan ni buat persembahan silat.

Selepas itu, kami diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing. Aku, Amy dan Akmal dapat keluarga angkat yang sama. Sebelum ni tak berapa perasan pon muka diorang kat dalam kelas. Maklum..dlm kelas hampir 200 org..tup2 jd adik beradik pulak..tapi takpe..leh je layan diorg ni..Sporting..

Then mlm tu, bermulalah gotong royong kami semua membantu orang kampung membuat persiapan Majlis Jamuan DepaRaya untuk semua penduduk kampung. Malam tu kami semua sediakan buluh untuk bakar lemang esok hari. Sangat teruja untuk belajar cara-cara buat lemang. Maklumlah..keluarga aku tak pernah pon buat lemang..Dan selama ni aku sangat tertanya-tanya macam mana cara nak buat lemang ni..Tapi sekarang aku dah tau la sikit2..ilmu yg sgt berguna..

mula-mula kena ukur daun pisang. Kena cari yg sama panjang ngan buluh. Baru ngam. .

Pastu kepitkan daun pisang dengan batang pisang dan gulungkan dia untuk masukkan dalam buluh. Agak leceh bagi yg baru mencuba..Tapi aku tetap tak putus asa mencuba..

dan akhirnya...

aku berjaya juga memasukkan daun pisang ke 1 batang buluh...hehehe

Pastu aku tolong pulak anyam ketupat untuk dijadikan hiasan dalam dewan memandangkan hanya beberapa orang sahaja yang pandai anyam ketupat. Aku tak suka anyam ketupat guna reben ni sebab dia licin dan sangat sukar untuk mengawalnya. Kalau ikutkan, aku boleh tolong anyam ketupat bawang, ketupat cinta dan ketupat sate. Tapi disebabkan sgt sakit hati ngan reben tu, aku mampu siapkan 3 ketupat bawang dan 1 ketupat sate sahaja. Ramai yang minta tolong ajar cara-cara menganyam ketupat tapi aku syorkan kalau nak belajar anyam ketupat, gunalah daun kelapa yang sebenar. Lebih mudah.

bersama ketupat yg aku terdaya buat..huhuhu

Esoknya, kami tolong macam-macam, dari masukkan pulut dlm lemang, bakar lemang,macam2 la..korang layan jer la gambar yek..maleh da nak taip..hehehe

sesi perah santan beramai-ramai..Erm..sedapnye lah ai...ekekeke

Aku pon tolong perah juga. Kompom! santan yang ni paling sedap!

Antara mereka yg membanting tulang memerah santan...

pastu masukkan pulut dalam lemang..sekali dengan santan..sedap3!

Kat luar..yg lain sibuk hidupkan api untuk bakar si lemang..

Bila api dah marak, bermulalah sesi membakar lemang. Sangat tabah sesiapa yang bersedia untuk meletakkan lemang di sebelah unggun api ni. Hawanya sangat panas!rasanya macam nak terbakar kulit muka.

Aku ni pun tabah jgk utk berada di samping lemang2 yg sedang dibakar semata2 utk ambil gambar. Ok la kan? hehehe..

Mereka2 di luar sgt tabah membakar lemang sehingga ke akhirnya... ;p

Tolong potong buah pulak..

Merahnye tembikai tu..Terasa lapar lak tetiba...ui...

Petangnya...

Tara....ni la dia lomang yg dah siap di masak..tinggal nak kopek buluh ni jek..Huh..sangat loteh nak menyiapkan lomang ni..Sekejap lg Jamuan Hari Raya..so lemang2 ni perlu dipotong2..

Antara mereka yg begitu tabah mengopek buluh lemang. Berkali-kali mencuba dan diajar oleh beberapa sifu (penduduk kg) akhirnya mereka berjaya..syabas diucapkan...

Lemang dah siap di potong...akhirnya kami berjaya menyahut cabaran membuat lemang hingga siap! hehehe...

Semasa menunggu kehadiran penduduk kg,sempat lagi tolong kelim karipap sebelum jamuan bermula...Segala hidangan untuk hari tu dimasak trus di situ jugak...dari lemang, rendang, sate smpailah ke kuih muih..sgt fresh dan sdap skali!

Bermulah beraya bersama penduduk kg..Ini antara kawan-kawan yg bertungkus lumus menjayakan program ni...

Malamnya..adalah malam perasmian..tapi aku takde pon ambil gambar. Mood tak baik utk mlm ni..lupakan...

Esoknya..kami beramai-ramai gotong royong untuk berbakti dengan penduduk kg. Kami dibahagikan untuk menolong ke rumah2 yg akan mengadakan majlis kenduri kahwin dan kenduri arwah. Aku menolong di rumah kenduri arwah...

Banyak lagi sebenarnya aktiviti yg kami lakukan..tapi hanya ini yg mampu di snap..

sebelum berpisah, sempat juga mengabadikan kenangan bersama mak dan ayah..En Zulkhifli Bin Idrus dan Puan Zaimah Binti Latif..sob3...

juga bersama adik2 terchenta...sob3..

Kesian tengok mak menangis. Sedih jek... (T_T) Ayah maintain cool...hehehe

Bersama adik yg baru..

Dan akhirnya perpisahan itu terjadi jua..Sedih meninggalkan Felda Bukit Rokan. InsyaAllah panjang umur kita berjumpa lagi ye..Buat Mak dan Ayah..terima kasih kerana melayan kami dengan baik sekali..

Apa pun, kenangan mengadakan program ini pasti tidak akan dapat dilupakan buat selama-lamanya..Walaupun penat dengan jadual yg sgt padat, tapi kami betul2 hepy..Terima kasih kawan2 kerana kerjasama ini...

*gambar2 ini hanya di tangkap menggunakan kamera hp k800i. jadi kualitinya tidaklah secanggih kamera Saiful Nang si photographer profesional..harap maklum..

Tuesday, October 13, 2009

Karut Mengarut tu Best!

Sejak akhir2 ni aku rajin pulak nak menulis kat blog ni. Ala..saja2 je sementara aku ada mood nak menulis. Kalau tidak, sampai berbulan-bulan la blog ni bersawang bagai tak bertuan..tak salahkan aku nak rajin sekali sekala buat menda2 berfaedah ni? ;p

Semenjak dua menjak ni gak aku suka layan cite2 melayu. Walaupun malas nak turun tgok TV tapi kita gunakan kemudahan yang ada.. 'intenet jaring UKM ada...macam2 ada...' hehehe..walaupun kdg2 lembab cam siput sakit tua, tapi boleh la takat nak dowload2 movie sikit2..

Dan skang aku suka layan cite ni..

cite ni agak mengarut tapi best jgk kalo layan time bosan2.. aku konpius bila tgok cite ni..btol ke org bunian cun2 mcm tu??? kalo yg pompuannye cun, yg lakinye msti ensem2 kan? tp dia takde plak tunjuk putera bunian... sume cite pasal puteri jek..kecewa mak cik..(T_T)

Bagi aku layan cite ngarut mmg best..hehehe..alah..mcm cite cinderela la..mengarut gak tapi tu yg org suka.Sinetron2 indonesia tu pun sume mengarut..kadang2 ada pari2 la..tapi tu yg slalu dapat rating yang tinggi (tapi aku kureng skit ngan sinetron.malas nak follow lama2)..so..mmg la kita ni suka tengok cite karut kan??? berkhayal tu kadang kala menyeronokkan...setuju???

Sunday, October 11, 2009

Ada Apa Dengan Dia????

Kadang-kadang ramai juga yang berkata aku ni fanatik sangat dengan Siti Nurhaliza. Aku hanya tersenyum bila dikatakan sedemikian. Bak kata Azwan Ali dalam blognya, 'Ada aku kesah???'. Suka hati akulah nak suka kat siapa pun. Nak fanatik kat siapapun. Ada aku mintak duit mereka2 tu? Dan yang paling penting, aku tak pernah pun nak mengata diorang minat kat siapa-siapa. Kenapa bila part aku suka layan 'Siti Nurhaliza' aku mesti dikata. (Dengan sedikit emosi menaip blog ni..) yelah.. cuba la kalau korang yang suka layan artis2 Hollywood tu dikata. Tak ke bernanah telinga beb!

Tapi kebiasaannya aku buat tak tahu je la bila berdepan dengan situasi macam ni. Memang agak rumit bila berdepan dengan orang yang agak 'anti Siti'(Siti ada hutang kat dia kot). Tapi ada gak kawan2 aku yang tak suka siti tapi tetap menghormati aku. Sayang kat kawan2 aku yang macam ni.. Cuma ada beberapa yang agak prejudis..erm..abaikan mereka..

Sebenarnya nak kata aku ni fanatik sangat dengan Siti Nurhaliza tak juga.Kalau nak tau aku hanya pernah membeli 1 sahaja Album Siti Nurhaliza dengan menggunakan duit aku sendiri. Itupun album kompilasi 'The Best Of Siti Nurhaliza'. So aku tak nampak kat mana fanatiknya aku. Memang agak tak suka bila aku di cop 'fanatik'. Aku hanya meminati..di ulangi..meminati beliau yang berimej bersih..itu sahaja..

Sekarang ni aku tengah layan lagu-lagu dari Album terbaru beliau 'Tahajjud Cinta'.

Best jugak lagu-lagu dalam album yang bersifat ketuhanan ni. Mana aku dapat album ni? Owh..ia dihadiahkan oleh 'seseorang'. 'Seseorang' yang aku tahu takde la minat sangat pun kat Siti tapi sangat memahami aku yang meminatinya..hehehe...suka3!!! thanks for this prize ye Acik Ultramen... ;p

Saturday, October 10, 2009

Papadom

"Salam..su..nak ikut tak pi tengok movie? cite papadom."
Macam tu lah lebih kurang msg ym yang aku terima dari Lia. Papadom? memang aku pernah dengar pasal filem ni. Filem yang belum tayang kat pawagam tapi dah terima banyak award kat Festival Filem Malaysia ke 22. Bagus sangat ke Filem ni sampai menang banyak award? so..disebabkan persoalan tu jgklah aku terima tawaran dari Lia untuk tengok cite ni..

Kami yang seramai 10 orang,tengok cite ni kat mines kol 9.30 mlm.. Tapi yang tak syoknya masa masuk tu, cite dah start lbh kurang 5 minit.Dengan tempat duduk kami yang dah dikebas orang. Terpaksalah kami merempat kat tempat2 duduk yang kosong. Tapi apa pun ia langsung tak mengganggu kami untuk menghayati ke'best'an cerita ni. Dalam lawak-lawaknya, tetap ada mesej yang ingin disampaikan..Kata-katanya selamba tapi menghiburkan..

Imej 1 Malaysia yang ingin ditonjolkan dalam cerita ni...

Que Haidar dalam citer ni kiut sgt2..Suka3..tapi dah jadi laki orang la.. :(

Yang kelakarnya bila ada antu yang sempoi..leh pakai baju ikut tema...

Antu pon mkn papadom..keh3

lakonan khairiah bnyk memainkan peranan. Best. Serasi dgn afdlin shauki yang dah mmg klakar..

Apa-apa pun puas hati dgn hasil kerja Afdlin Shauki.Lepas ni agak2 dia buat citer apa pulak yek? harapnye yang berkualiti jugaklah ye....

*Thanks Lia sbb ajak Sue tgok Movie..Syg Lia..(bodek)ekekeke...

Friday, October 9, 2009

Saya Suka Makan!!!

Chicken Chop. Nyummy!!!

Yong taufu..Percaya atau tak aku baru belajar makan mende ni masa semester lepas..sebelum ni tekak memang takleh terima..tapi oklah yang ni..kat kafe Amin jek..Sedap gak! layan...

Kak Rina kata.."Padan la skang ko da gemuk! makan macam ni..ish3.."
hehehe..ala..bukan selalu pon..ni masa buka puasa lepas..biasa la nafsu masa tu..semua tengok rasa sedap...Astagfirullahhalazim...apa nak jadi ni suria....;p lengkap segala jenis menatang ada dalam tu..wakakaka

Tapau kolestrol....Ggrrrrrr...

Owh..ikan keli my peberet...

Nasi Ambeng also..biasa..Jawa World!!!

Owh..yang ini belum boleh dimakan ye...

Yang ini juga...saya bukan kambing la..haiya...

Ha..yang ni baru boleh... ;D

Yang ni lagilah boleh...nyummy2!!!!

Jemput2 minum pulak...glup glup glup....argh...

Sapelah yang suka main celup2 oreo ni???

Owh...Acik Bad rupanye..keh3..

Nak sikit cendol...

last..

yang ni buat sendiri tau...

popia goreng...

Dan juga karipap...hehehehe...simple2 jek bleh la... ;p