Tabung Masa Depan

Wednesday, October 21, 2009

Penuntut UKM jayakan rumah terbuka

GEMENCHEH – Kunjung mengunjungi pada musim perayaan khususnya melalui rumah terbuka menjadi amalan rakyat di negara ini tanpa mengira bangsa, agama atau keturunan kerana boleh dikongsi dan dirayakan secara bersama.

Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri masih hangat dengan penganjuran rumah terbuka terutama di daerah Tampin, walaupun tinggal beberapa hari Syawal akan tamat disusuli kehadiran Zulkaedah.

Sempena penganjuran program Bakti Siswa Wawasan Felda 2009 di Felda Bukit Rokan, di sini, seramai 75 penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berganding bahu bersama penduduk setempat me-nganjurkan majlis rumah terbuka DeepaRaya.

Pada majlis berkenaan, seluruh penuntut terbabit bersama penduduk setempat bergotong-royong menyediakan pelbagai juadah seperti membakar lemang dan melapah lembu bersesuaian matlamat melakukan kerja khidmat masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Kampung (JKKK) Felda Bukit Rokan, Muhammad Zain Abd Ghani berkata, komitmen penuntut UKM itu wajar mendapat pujian kerana bertungkus-lumus menjayakan program tanpa mengenal erti penat.

Menurutnya, penganjur-an rumah terbuka DeepaRaya mendapat sambutan menggalakkan penduduk setempat dan dilihat sebagai landasan pengukuhan persaudaraan dalam kala-ngan komuniti di Felda berkenaan.

“Pembabitan penuntut UKM dalam kerja gotong-royong wajar mendapat pujian kerana mereka sanggup mempelajari segalanya dan bersusah payah memastikan majlis rumah terbuka DeepaRaya berjalan lancar.

“Menerusi program gotong-royong ini, mereka mempelajari daripada penduduk setempat cara memasukkan daun pisang dalam buluh untuk dibuat lemang, memarut kelapa dan paling istimewa mempelajari cara membuat rendang Negeri Sembilan.

“Penganjuran majlis rumah terbuka ini tidak hanya mendidik penuntut UKM mengorganisasikan sesuatu program, tetapi proses me-ngeratkan silaturahim antara mereka dan penduduk setempat,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh, Datuk Mohd Kamil Abdul Aziz berkata, dia bangga dengan bakat dan usaha keras penuntut UKM menjayakan program.

“Saya kagum dengan idea, usaha dan corak pe-ngurusan warga UKM yang turut dibantu penduduk Felda dalam menjayakan majlis rumah terbuka. Sesungguhnya, majlis ini bertepatan konsep 1Malaysia dilaungkan Perdana Menteri,” katanya.

Katanya, tradisi kunjung mengunjungi itu diharap terus subur sekali gus wajar dikekalkan seluruh masyarakat pelbagai lapisan bangsa pada masa akan datang kerana menggambarkan permuafakatan rakyat Malaysia dalam meraikan sesuatu perayaan.

“Amalan tradisi kunjung mengunjungi khususnya ke rumah terbuka Aidilfitri ini tidak hanya untuk masyarakat berbangsa Melayu sahaja, tetapi perlu dilakukan kaum lain supaya sambutan perayaan dapat dinikmati dan dimeriahkan semua,” katanya.

Hadir sama, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tampin, Mohd Isam Mohd Isa.

*Artikel dipetik dari Akhbar Sinar Harian.

No comments: