Tabung Masa Depan

Friday, October 29, 2010

Silky Girl Oh Silky Girl

Saya suka ber 'make up'. Takdelah tebal sgt..orang kata calit2 sikit bagi nampak tak pucat je. Lagi pun bisnes student kan, kalau dah masuk line ni, make up tu penting..Tak cayo? ikut sukati hang la..hihi

Saya ada satu masalah, bibir kering yang amat. Dari dulu2 lagi la kiranya..org jawa kata dari jaman laheng lagi dah ada problem ni.. Macam2 cara saya dah try.. Pakai madu, pakai lip gloss, aneka cap lip gloss saya dah try...hasilnye tetap menghampakan.. (kalau pakai lip gloss makin teruk kot!) Org kata, mungkin sebab kurang minum air..ok...dah bergelen2 air saya telan tiap hari..pon masalah tetap sama...

Sampailah satu hari tu, saya terjumpa dengan lipstik ni..Lipstik Moisture Gloss cap Silky Girl...ye murah je..sesuai dengan kemampuan seorang student tak berada macam saya..hehehe..tapi lepas pakai lipstik ni, bibir terus tak kering. best je pakai..so setiap hari saya akan pakai..disebabkan bibir saya memang sensetif, bukan semua liptik tau saya boleh pakai, jenama yg bagus2 pun bagi saya tak bagus jugak (nak cakap jenama takut kene saman..hihihi). tapi yg silky girl punye ni memang mantop la!..saya suka..

Suka 2 warna ni..lembut jek..sporty pink pon cantik jugak tau!

Tapi sedihlah sekarang..tak tau kenapa, dah berbulan2 saya cari lipstik ni tapi tak jumpa. Silky girl dah tarik balik ke lipstik ni? ke dia dah tukar packaging baru? kenapa saya tak tau? Lipstik yang saya cari ni yg bekas dia warna coklat cair..saya try cari banyak tempat dah tapi tak jumpa..ada la lipstik mosture silky girl yg lain, bekas warna silver. Tapi rasa dia tak sama..pastu kod yg mcm saya slalu pakai tu pon tak ada..sedih betul..

Korang pernah tak nampak lipstik ni? Herm..mana nak cari lagi??

Terpikir-pikir jugak..kenapa barang yang bagus selalu susah nak cari? Lipstik ni la satu2nye yang sesuai ngan saya buat masa ni, tapi kenapa dah tak kuarkan lagi?? Hadoi la..stress pikir..Silky Girl..Silky Girl..

Masa ni pon pakai lipstik Silky Girl jek u..
takde la MAC ke ape ke..yang penting selesa..Tapi sekarang..huhu..sedih.. :(

Lagu lagu

5.07 am...

Ok malam masih muda..kah3..terus rasa nak berceloteh. Al kisah maka tersebutlah kisah...

Saya ni kurang gemar sangat dengar lagu2..sebab tu saya tak berapa nak update dengan mp3 la mp4 la..segala mp bagai la kan. Bukan tak dengar langsung, dengar jugak tapi ikut mood. Biasanya saya dengar lagu kalau rumet2 saya pasang kat laptop diorang. Kalau harapkan saya, memang bjangut la..

Ni saya bukak cerita pasal lagu2 ni sebab saya hairan dengan laptop saya sejak akhir2 ni..lagu entah dtg dari mana tiba2 je bunyi tak mati2..kau tak heran??? saya rasa la kan, lagu2 tu datang dari blog yang saya bukak. Tapi bila saya tutup blog tu, lagu tetap ada..aduh2..unsur2 misteri pulak dah..rumet dah tido dah ni.."rumet bangun..."

Ok..nak cerita la satu kisah ni..dulu saya ada rumet, kejenye 24 jam non stop dengar lagu..ye btol..cayo la ckp den..24 jam tau! Saya ni jenis tak kisah.."kau layan? aku pun layan.." hahaha..tapi pada2 la kan..kalau dah 24 jam.. mau tak pecah gegendang telinga mendengonya.. dari dia bangun tido sampai la dia tido balik, radio sepanjang masa...eh kdg2 dia tido pon dia tak tutup radio.. Al kisah, kat dlm bilik ni tadi, bkn saya dan dia jek, tapi ada ramai lagi kwn2 yg lain... maka, salah seorang dari kwn saya ni, meluahkan perasaannya..
 "Aku tak tahanlah..kau tahu? aku kadang2 terpikir nak rosakkan radio dia..." Ish2..sampai macam tu sekali? "Eh..sebenarnya aku pun ada terpikir jugak. Macam mana boleh sama dengan kau?" hahaha selamba badak je kami bercerita..tapi tak sampai hati la nak buat betul2..kami bukan orang yang kejam..Tapi pelik juga ye dengan radio dia tu..tahan sungguh..24 jam, 30 hari sebulan, tapi masih ok..ntah cap apa lupa pulak..

Pendekkan cerita, esoknya kami dah tak dengar lagi dah bunyi radio..pelik..senyap sunyi sekejap..kami pun tertanya2.."Kenapa tak hidupkan radio?"
 "Erm..radio aku rosaklah..kene petir semalam kot.." Kah3..rasa macam nak gelak guling2 pun ada. Kami tak rosakkan radio tu, tapi rosak sendiri. Macam magik kan?? Allah nak tolong kot..sebab semalamnya memang hujan lebat, petir bedentam dentum, kilat sambung menyambung...hehehe

Tapikan..ingat masalah dah settle..tak lama lepas tu, berkumandang lagi bunyi lagu2 bagai.."Eh, radio dia dah ok ke?" Kami lupa....sekali ada hand phone da......

p/s: Manusia itu bijak..1 alternatif hilang, maka akan ada yg lain sebagai pengganti...hihihi..

Student Punya Nyawa...

Inilah laptop saya..(gambar cilok dr Pak Google) Saya dah guna sejak saya kerja lagi. (lepas habis diploma dulu). Ye, saya tau laptop ni tak la sehebat laptop apple lain. Tapi lantak la..Ini je yang termampu..untung ada dari takde..Yang penting, dia ni sangat2 berjasa dalam hidup saya sebagai seorang pelajar.Yelah...orang kata, student ni, kalau takde laptop patah kaki kan2? ke korang tak?? jangan tipu wo...dosa...korang suka main fesbuk & berblog buat asgmt guna laptop korang kan2?? Macam tu jugak la saya ni. Tapi Alhamdulillah la. Sepanjang kat UKM ni jarang2 dia meragam. Baik aje dia dengan saya. Cumanya, baru-baru ni je dia buat hal. Mungkin sebab dia dah penat sangat dikerjakan..hehehe..Ok..atau mungkin sebab dia dah tau tuan dia dah nak habis belajar...hem..bijak kau!

Hari tu saya dah bawak dia pi klinik. Ingat nak bagi dia ubat ke apa ke yang boleh bagi dia baik semula kan, tapi doktor bgtau saya berita sedih, laptop saya sekarang sakit parah kat bahagian dalam..ye..kos pembedahan agak mahal yek..almaklum..tuan nye skarang tersangat la miskin kurang berduit..Rasa macam sedih juga la kan. Tapi nasib baik tuan dia dapat terima ketentuan Ilahi ni..sob3..

Lepas jek tanye kawan2 yg pernah ada mslh yg sama jugak mcm ni,saya decide utk tak buat apa2 pembedahan kat laptop tersayang ni. Takpelah, buat masa sekarang, sy akan gunakan laptop ni selagi mana dia terdaya. Apa pun, entri ni sebenarnya saya nak tujukan pada laptop saya.. "Terima kasih banyak2 sebab terlalu berjasa dalam hidup ni..Terima kasih sebab setia menemaniku sepanjang 2 taun setengah kat ukm ni..nanti kalau aku dapat degree tu, aku share ngan hang no..i lup u so much!"...Saya tau laptop saya ni bijak, msti dia dapat dengar luahan hati saya..hohoho..sedih sbnrnye nak berpisah sikit masa lagi..tapi harap2 dia dapat bertahan...walau apa pun terjadi, saya takkan jual laptop ni, sebab dia salah satu kenangan terindah dan barang berjasa dalam hidup saya...

Wednesday, October 27, 2010

Pesanan Penaja

Salam..saya minta maaf kepada semua kwn2 yg dah sudi singgah ke blog saya ni. Buat masa ni laptop saya ada problem sikit, jd tak dpt nak follow blog2 korang semua.. sedih wo.. :( tp dun worry, i promise bila laptop dah ok nanti, akan tetap ziarah ke blog kamu, sila tinggalkan jejak ye..

Love,

Tuesday, October 26, 2010

Kesan Minum Ais

Artikal ini saya dapat menerusi email yang dihantar oleh sahabat saya. Tertarik untuk berkongsi kerana saya juga merupakan seorang yang sangat tegar dengan Ais. Usaha untuk mengurangkan ais dalam amalan seharian bukan mudah tau!Sesekali bila terbaca pasal keburukan ais ni takut juga ye...Erm... Malas nak bebel panjang. Jom baca!...
 
Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....
 
Artikel ini berguna untuk semua.
 
Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung
SERANGAN JANTUNG!!!!.
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah
akan mendapat faedah dari amalan ini.
 
Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca.
Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan.  Ia akan memperlahankan penghadaman kita.  
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan
banyak saluran dan lama kelamaan ia akan   menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan  menuju  ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas
makan.  
 
Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!
 
Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.  
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama  serangan jantung.  
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa.  Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.  
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup... PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada yang lain, beliau yakin akan dapat
menyelamatkan satu nyawa. Baca ini..... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!. 

p/s: terima kasih pada eizzaty nawawi yang forwardkan email ni pada saya... 

Love,

Thursday, October 21, 2010

Jawapan Dari 'Kalam ALLAH'...

Rasa sangat letih sebenarnya hari ni. Tapi mood nak menulis kat blog ni tetap membara2..tak tau kenapa..Saya rasa bersemangat menulis sejak kebelakangan ini.. Mungkin kerana sokongan dari rakan-rakan blogger semua... :) Terima kasih saya ucapkan...

Hari ni, saya nak berkongsi sesuatu dengan rakan2..saya rasa benda ni sangat menarik untuk dikongsi bersama. Kita ni, sebagai manusia, mustahil la kalau kita tak ada masalah kan? Tapi biasanya kalau kita ada masalah , kita selalu mengeluh… Saya berkata begitu kerana saya memikirkan diri saya sendiri. Bila saya baca risalah ini, saya jadi sedih...terharu, dan rasa diri ini terlalu kerdil sekali. Risalah ni sebenarnya saya dapat dari sahabat saya. Diterimanya dari lecturer kami. Dan lecturer kami ini mahukan dia berkongsi dengan sesiapa sahaja mengenai risalah ini. Lebih-lebih lagi buat mereka yang ditimpa musibah. Al kisahnya, lecturer ini, dia pernah accident teruk 1 ketika dulu. Nyawanya sudah di hujung tanduk . Alhamdulillah, ALLAH panjangkan usianya..Kata lecturer itu, dengan membaca risalah ini, semangatnya jadi kuat….Jom kita baca sama2 apa dia sebenarnya…

SEDARLAH…!!
Bila kau letih dan hilang semangat…
ALLAH tahu betapa kau telah cuba sedaya upayamu.
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu kedukaan…
ALLAH telah mengira titisan air matamu.
Bila kau rasa ketinggalan,
Dan masa pula meninggalkanmu…
ALLAH sentiasa setia disisimu.
Bila kau telah mencuba segalanya,
Tapi tidak tahu tujuan…
ALLAH adalah jalan penyelesaiaan.
Bila kau merasai semuanya tidak bererti buatmu, keliru dan kecewa…
Ingatlah, ALLAH adalah jawapannya…!!!

YAKINLAH….!!!!

“Kenapa pula aku yang diuji?!”
“Apakah manusia itu menyangka begitu mudah mereka akan dibiarkan sewenang-wenangnya mengatakan; “Kami adalah orang beriman!”, walhal mereka belum pun di uji lagi? Dan sesungguhnya KAMI (ALLAH) telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya DIA (ALLAH) mengetahui orang-orang yang dusta/ membohong."  [Surah Al-Ankabut: Ayat 2-3]

“Kenapa aku masih tak dapat apa yang aku impikan?”
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu itu, padahal sebenarnya ia teramat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, walhal sebenarnya amat tak elok langsung bagimu, ALLAH SWT mengetahui segala sesuatu, sedangkan kamu tidak mengetahui sesuatu apa pun (yang baik, mahupun yang tak elok untuk dirimu).” [Surah Al-Baqarah: Ayat 216]

“Kenapa Ujian yang aku terima ni sangat berat?!!”
ALLAH tidak pernah membebankan seseorang itu, melainkan dengan sesuatu yang sesuai dengan kemampuannya untuk memikul perkara tersebut.”[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]

“Rasa frustnya…!!!”
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati (akibat ditimpa ujian), kerana darjat kamu dinaikkan lebih tinggi lagi oleh ALLAH (lantaran sabar bertahan dengan ujian berkenaan), jika kamu orang-orang beriman.” [ Surah Ali Imran: Ayat 139]

“Bagaimana aku harus menghadapi kesukaran hidup ini?!”
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam melakukan segala perkara kebaikan), dan perteguh kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh kamu di medan perjuangan), dan bersedialah *(dengan kekuatan pertahanan di daerah sempadan)* serta bertakwalah kamu dengan ALLAH supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan di dunia dan damai di dalam syurga, di akhirat).” [Surah Ali Imran : Ayat 200]

*(dengan kekuatan pertahanan di daerah sempadan)* juga bermaksud  diri manusia sentiasa dikelilingi syaitan berbentuk manusia dan jin yang menghasut dan menyesatkannya. Manusia mesti sentiasa menentang syaitan ini melalui menguatkan iman, membanyakkan amal soleh dan membanyakkan doa memohon pertolongan ALLAH kerana doa itu senjata melawan syaitan dan penguat jiwa bagi orang beriman. (Hadith Nabi SAW)

“Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan penuh bersabar, serta tidak pernah tinggal mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu tersangat susah dan sukar untuk dilaksanakan, melainkan amat mudah jika orang berkenaan betul-betul tunduk dan patuh dengan segala perintah ALLAH (kusyuk).” [Surah Al-Baqarah: Ayat 45]

“Apa yang aku dapat dari semua ini?!”
“Sesungguhnya ALLAH telah membeli daripada orang-orang beriman, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga buat mereka sebagai harga belian tersebut.” [ Surah At-Taubah: Ayat 111]

“Kepada siapa aku perlu mengadu dan meletakkan pengharapan?!”
“Cukuplah  ALLAH menjadi penolongku, tiada Tuhan selain daripada-NYA. Hanya kepadaNYA (ALLAH) aku bertawakal.” [ Surah At-Taubah: Ayat 129]

“Aku sudah tidak dapat bertahan lagi!!!”
“… dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya hanya orang kafir sahaja yang berputus asa dengan rahmat ALLAH (amat tidak bijak dan tidak wajar bagi orang beriman untuk berputus asa dengan rahmat ALLAH). [Surah Yusof: Ayat 12]
                                                                                    
Kawan-kawan…indahkan ‘Kalam ALLAH’.Setiap apa yang kita persoalkan ada jawapannya. Semoga ia berguna buat semua…

                                                                     Salam manis…
 
Tuesday, October 19, 2010

Diet Oh Diet!

Assalamualaikum semua... :)

Disebabkan mood sekarang tengah berkira2 nak diet, saya nak buat entry pasal diet pulak la..sebenarnya, saya ada 1 buku pasal diet2 ni..Konon2 nak jdkan sumber inspirasi supaya rajin berdiet la kan.. Tapi apakan daya, sekarang ni memang tak mampu..Tapi tak apa. Saya rasa info ni mungkin berguna buat rakan2 yang juga teringin nak berdiet macam saya. Mungkin lepas ni saya akan kongsikan beberapa info pasal diet ni lagi... :)

Apa yang saya nak kongsikan sekarang ialah mengenai mitos dan fakta tentang diet. Korang mesti selalu dengar benda ni cuma kurang pasti kesahihannya kan? Meh saya kongsikan...

MITOS: Karbohidrat Menggemukkan??
Faktanya: Memang la karbohidrat ni boleh menaikkan berat badan kalau kita ambil dia secara berlebihan kan. Macam jugak jumlah kalori, kalau kita ambil secara berlebihan, dia boleh juga menyebabkan kegemukan. Sebenarnya kalau korang nak tau, wanita berumur 10 hingga 45 tahun  perlukan lebih kurang 1320 kalori dalam sehari. Ia bersamaan dengan 3/4 cawan nasi (bukan 1 pinggan besar ye..) 2 ke 3 keping roti putih atau 2 biji kentang sederhana besar. Itu je...tapi karbohidrat ni sebenarnya penting tau. Jangan la tak ambil langsung sebab dia la yang bekalkan tenaga kat kita..

MITOS: Jauhkan Semua Lemak!
Fakta: Sebenarnya, kita tak boleh la takut dengan semua jenis lemak. Apa yang saya tau, lemak ni sebenarnya berguna untuk tubuh kita tapi kita kene la ambil dalam jumlah yang tepat. Tak terlebih2..Sebenarnya pengambilan lemak ni boleh buat tubuh kita kelihatan lebih lansing kalau kena dengan caranya. (takdelah nampak mcm tengkorak hidup kalau kurus sangat...)

MITOS: Untuk mudah turunkan berat badan, Anda perlu lakukan aerobik?
Fakta: Kita selalu tengok mak-mak kita, atau makcik-mak cik kita gi aerobikkan?? konon2 nak selim melimkan badan diorang la.. inisiatif yang bagus. Tapi sebenarnya,semua latihan yang melajukan degupan jantung (dari berjalan sampai menari) dapat membakar kalori dan menurunkan berat badan kita dengan cepat. Jadi kepada siapa yang nak diet tu, Kalau malas sangat nak gi aerobik ke, joging ke, kena la amalkan selalu berjalan. Saya rasa saya pon nak try jugak. Gi kelas berjalan, gi bandar kajang pon jalan kaki jek.Tapi tak boleh la. Bukan apa..saya kesian dengan motor saya tu. Siapa lagi yang nak sayang dia kalau bukan tuan dia sendiri? betul tak? Tapi korang yang nak kurus, sila la ikut cara ni..oh ye! lagi satu...latihan angkat beban(dumbell) pon boleh kurangkan berat badan jugak..."kalau nak angkat berat cam malek noor tu boleh tak?" tu cerita lain...kang badan korang jadi ketol2 saya tak tanggung...

MITOS: Diet tinggi protein mempercepatkan penurunan berat badan.
Fakta: memang la kalau kita lakukan diet tinggi protein dan kurangkan pengambilan karbohidrat, berat akan cepat turun. Ni semua sebab banyak kandungan air dalam badan kita yang terbuang. Adalah sebab2 saintifik dia tapi saya malas pulak nak cerita.Yang penting korang tau basic sudah. Point yang penting yang saya nak sampaikan kat sini, penurunan berat badan hasil diet tinggi protein ni sebenarnya bersifat sementara je. Bila kita kembali pada pola pemakanan yang biasa, maka berat badan kita pon akan kembali pada yang sediakala..Hem..rumitkan nak jaga badan ni???

Macam mana? Ok tak? rasanya tak cukup lagi tips2 ni..nanti saya tambah lagi ye...

Semoga Berjaya!

Good Luck Semua...

Morning blogger sekalian... :) saya baru je bangun tido..agak letih dengan jadual minggu ni yang sangat padat. Assignment+ presentation+Class+Study(yang ni auta..) buat saya betul2 semput unta. Ni bangun pun sebab nak settle kan kerja. Nak tido pon tak sedap tau..asyik termimpi2...aduh2..dari tidur tak berkualiti, lebih baik saya bangun untuk buat preparation interview hari esok. Betul2 tak sabar nak menghabiskan minggu yang penuh dengan tekanan ni... :(

Hari ni baru tau yang jadual exam dipinda atau senang kata dicepatkan dari tarikh asal. Bertambah la semput u ols..semuanya gara-gara nak tambah cuti untuk Deepavali nanti. Tak kisah la tu kan, sebab kalau hari raya pun, kita nak cuti panjang2, Memang la saya sangat2 faham dengan perkara ni. Cuma yang tak setujunya bila benda2 macam ni dibuat 'last minute'. Nasib baik tarikh exam saya yang dipinda tu masih boleh dikawal. Tapi kesian kat kawan2 yang ada 2 paper dlm 1 hari, dan 2 hari berturut2 pulak. Bayangkan? Boleh pecah kepala dibuatnya..lagi2 kalau 'killer subject'..Tapi saya tau kawan2 saya semua bijak2 belaka..InsyaALLAH dapat melalui semua ni dengan baik..hehehe

Buat semua kawan2 blogger yang akan menduduki final exam jugak, tak kira la dari mana2 tempat, Saya ucapkan good luck ye!  Semoga dapat capai target yang diharapkan.. Buat yang tak ada exam apa2, jangan lupa doakan kami semua.. kalau boleh, biar le doakan saya lebih sikit ye.. :) Untuk anda, saya memang sentiasa mendoakan yang terbaik!

With Love..

Monday, October 18, 2010

Rumah Pink

Saya menukar layout lagi..entah kenapa saya rasa layout yang baru saya pasang tu seolah2 menyakitkan mata saya. Serabut rasanya. Kemudian, saya berkira2 mahu letakkan yang simple2 aje untuk blog saya ni. Akhirnya saya memilih warna pink..Saya terasa seperti perempuan yang penuh kelembutan dengan warna tema blog ini..keh3..mungkin ni pon tak lama kot..tengoklah mood mcm mana nanti...saya bukan peminat pink pun! saja suka2..

Friday, October 15, 2010

Gabung2 Nama..

Sekarang ni tengah boring, malas nak pikir asgmt, tolak tepi dulu..rasanya mood tengah nak buat blog la..biasa la mood ni, kalau malas, berbulan2 tak update kan..Kalau rajin, terlebih2 pulak..
Sebenarnya saya skang ni tengah pikir nak buat 1 blog utk kedai online.(saja suka2)...tapi saya tengah pikirkan nama terbaik untuk kedai tu..apa yek???(nama kedai yg x spesifik utk 1 brg je) dah lama saya pikir sebenarnya..Sempat la tanye my fiance td, nak letak nama apa yek untuk kedai tu?? dia kata 'matahari dan bulan'. dgr cam best jugak..sbb matahari tu saya..bulan tu dia...keh3..dapat tangkap tak???erm..nama saya kan suria, maknanya matahari..nama dia pulak badrul, maknanya bulan...gitu la...kah3..

Tapikan, rasa cam tak kena la..ada ke 'kedai matahari & bulan'??? nak jual barang2 org pegi angkasa lepas ke apa??Erm..rasa tukar lain la..tukar bi pulak..sun & moon...kalau ckp laju2 dengar mcm samun..wakakaka...kedai samun....kah3...lg teruk bunyiknye..tunggu sampai kucing bertanduk pon takde org nak msuk kedai tu...aduh2..stress lg...Hai.. memang tak pandai la nak gabung2 nama macam org2 selalu buat tu..tak kreatif, tak inovatif..korang ada idea tak???

Wajah Baru...

Tara!!!! ok tak layout baru ni?? ke ko??? Erm..boring la..tengok blog orang lain semua cantik2..nak jugak cantik2..tapi nak yg warna hitam jek..susah pulak nak carik..yg ni rasa tak bape la nak cantik tapi ok la kalo setakat nak tukar mood..konon2 mcm tukar pindah ke rumah baru la..tak tau nape rajin sgt nak menggodeh blog ni...apa pon..harap korang enjoy & tak sakit mata la yek..cau..

Mood Diet..

Tajuk kat atas tu tipu semata2..korang jgn la percaya..muka macam tuan blog ni ada ke hasrat nak diet???kah3..banyak kali kot nak try..tapi terkandas dipertengahan jalan..apa nak buat..dugaan banyak sgt..

Apa taknya..balik kelas...

"Sue, dah makan???"

Bangun tido...

"Sue nak makan apa hari ni?"

Malam2..

"Sue nak kirim apa2 tak kat kafe??"

Cuba korang pikir kalau korang ada rumet2 yg baik hati asik sogok pasal makan jek, korang terdaya ke nak tolak??mampu ke???berhati waja ke???keh3..saya tak mampu..surrender..lemah longlai..iman tak kuat!kah3...ai..nafsu2..

Ni nak cite..ada ke patot rumet kata nak diet boleh makan biskut jacob ni 3 keping jek???aduh2...kecik jek mata tgok tin biskut ni atas meje stadi..shari 3 keping je ok!

balik umah nanti, msti ada lg yang tegur.."ish3..gemuknye skang.." huhu... ;( rasa cam nak beli putik kapas 1 lori..mana nak dapat??

Saturday, October 9, 2010

Kek Comel Buat Si Comel...

Bulan November bakal datang lagi..Sebenarnya bulan Nov ini punya makna tersendiri dalam hidup saya. Saya berbahagi bulan lahir yang sama dengan mak dan anak buah saya iaitu kakak..Malah kawan2 baik saya juga ramai yang lahir pada bulan ini..

Bulan November kali ini juga punya sejarah tersendiri dalam hidup saya..InsyaALLAH..11/11 nanti adalah hari terakhir saya bergelar pelajar prasiswazah UKM terchenta ini. dan, 11/11 itu juga sebenarnya adalah hari lahir kakak..Kak Lin meminta saya untuk singgah dirumahnya terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah. katanya mahu sambut besday kakak yg ke 4 tahun..saya berfikir2, hadiah apa yang saya patut berikan? Saya teringat yang kakak dan irfan sangat suka dengan kartun upin dan ipin..Hampir setiap hari mereka boleh duduk di depan tv smbil melihat 2 orang budak botak itu tanpa sikit pun rasa jemu..jadi saya ada terfikirkan sesuatu untuk menggembirakan kakak di hari jadinya nanti...

Kek novelty upin dan ipin ni telah pun saya tempah. Amacam?? cun tak?? saya sgt2 berharap agar kakak gembira mendapat kek ini. Kek ini saya beli secara online shj. sebenarnya, kalau nak tahu, sy ni pelanggan tegar brg2 yg dijual secara online.. Tetapi ia bergantung juga pd si penjual..Kalau yg melayan nak tak nak je, kita pun pikir 2 3 kali nak bagi duit kita kat dia..ye dak?? tetapi, kalau si penjual ramah dan tidak jemu untuk menjawab setiap pertanyaan dengan baik, saya tidak akan rasa sangsi untuk terus membeli..biasanya memang macam tu lah!

Sebenarnya, selain dekorasi kek upin & ipin ni meriah,(siap ada lembu dan rumput bagai) salah 1 yg menyebabkan sy terus menempahnya adalah kerana ia nampak kaya dengan coklat..bukan saja kakak gembira, malah saya juga boleh tumpang sekaki melahapnya nanti...Almaklum..kek coklat itu idolaku!!! amacam?? bijak tak??? muahaha..

Tuesday, October 5, 2010

Ketika Cinta Bertasbih

Sekarang ini, saya sedang gila untuk menonton siri yang diangkat dari novel Ketika Cinta Bertasbih ini. Siri istimewa sempena Ramadan yang ditayangkan di tv RCTI Indonesia ini sebenarnya adalah kesinambungan dari 2 novel Habiburrahman El Shirazy yang telah di lakonkan ke layar lebar terlebih dahulu.

Entah kenapa, dlm siri ini saya tertarik dengan watak Furqon. Seorang yang kaya tetapi masih kukuh dengan pegangan agama.. bukan senang nak jadi macam tu kan? tapi, secara umumnya, saya suka melihat setiap sisi kehidupan yang cuba disampaikan di dalam cerita yang digarap oleh novelis hebat ini..siapa lagi kalau bukan Habiburrahman El Shirazy.. Berada dalam kehidupan seperti ini pasti hidup akan jadi lebih tenang dan pastinya bahagia..

Sebenarnya, di rumah saya di Kota Tinggi, rancangan tv RCTI ini boleh diperolehi. Namun saya lambat dan cuma sempat untuk melihat episod-episod yang terakhir sahaja. jadi sekarang adalah proses men'download' utk melihat keseluruhan episod..Cumanya, masa utk bersantai2 sambil melihat KCB special ramadan ini dengan senang hati, nampaknya sgt2 terbatas. Ermmm... apa boleh buat...

Oh ye! tadi saya baru terbaca tentang program pertukaran pelajar fakulti ke beberapa negara seperti Indonesia, Thailand dan Korea. Ah...silap saya kerana semester ini memang jarang berada di fakulti. Jarang sekali ingin menjengah ke information board tu.. kalau tak, teringin juga nak mencuba..saya tertarik dengan Indonesia..entah kenapa..mungkinkah pengaruh KCB???kah3..tapi bila terfikirkan suasana tegang di sana, takut juga ya..tapi saya masih percaya, ramai lagi golongan profesional di sana yang dapat berfikiran jernih tentang isu2 sensetif seperti itu...

Erm..tak apalah..bukan rezeki saya..mungkin nanti, destinasi bulan madu di sana????wakakaka..siapa nak jawab... ;p

Saturday, October 16, 2010

Layan Nasyid..

sweet kan lagu ni??? layan nasyid k..