Tabung Masa Depan

Saturday, November 22, 2014

Hobi Baru: Menjahit

Seronok sangat dengan hobi baru skrg. Hilang stress tau bila kita tengok hasil jahitan kita sendiri ( walaupun hodoh. Hahaha).

Disebabkan aku ni mmg zero bab jahit jahit ni...tapi teringin sangat nak menjahit. So decide nak beli mesin jahit. Harga mesin jahit boleh tahan wow kan...so aku beli yg murah2 je dulu. Takut kalau beli yg mahal kang nanti aku tak reti guna @ malas ke...kan dah membazir tu namanya kan.

Lepas search..kat lazada ada jual mesin jahit murah. Jenama global. Harga dlm rm160 camtu..aku tak igt dah. Haha..apa lagi..terus rembat 1 utk diri sendiri.

Ni la mesin jahit yg aku beli kat lazada. Comel lote je mesinnya. Gambar bawah aku compare dgn botol air 2 leter. So korang boleh bayangkan betapa comelnya mesin ni..hehe

Tapi...walaupun comel, dia sangat power ok. Aku dah siapkan beberapa jahitan dah...

Langsir ni aku berjaya buat utk 3 tingkap. Haha..kecik2 mesin tu pon boleh lepas jahit langsir. Kira ok la..haha

Ni set tilam kekabu adik baby. 

Yang ni pulak bedding set utk adik baby. Buat ms tgh pregnantkan beliau. Rasa excited sgt sambil membayangkan baby tido dalam tu..haha..

Dan akhirnya....hahaha..

aku ada simpan lagi 1 set kain cadar tapi corak hello kitty. Tengok kalau buat set baby cot ni pon mantop jgk ni. Tgh dalam proses lagi. Adik baby yg boboy tu kompem2 lg bertambah kiut tido dlm baby cot hello kitty..hahahaha..jgn besar nanti dia pertikai sudah.hahahaha..mama buat dgn penuh kasih syg ok...

bila dah banyak menjahit ni (banyak la sgt) aku mula rasa kurang puas dgn kualiti jahitan mesin global. Eh...jgn slh faham..kualiti jahitan dia baik...cuma utk yg lebih kemas...perlukan mesin yg lebih power la kan... so...ni wishlist aku utk tahun 2014.

Dah pi kedai mesin jahit. Tanya dan survey harga..sbb org kata kalau nak beli mesin jahit ni, better beli kat kedai terus. Apa2 mslh senang kita nak refer. Ye lah kan..benda2 teknikal ni kdg2 kan ada yg kita tak faham. Lg 1..senang kita nak hantar service...mmg la kalau beli kat lazada macam lagu murah boleh dpt...tapi utk mesin ni aku nak beli kat kedai terus...so utk 2 mesin ni harganya rm2600 kedai tu boleh bg...ada masa sbulan lagi utk aku capai wishlist ni..haha..agak2 dpt tak ek? Kalau tak smbg tahun dpn pon ok...yg penting aku nak jgk mesin ni tak kira...

Aku pun dah survey kelas menjahit kat area alor star ni. Jumpa 1 kedai jahit aunty cina ni. Harga yuran rm330 16 jam utk bulan pertama. 16 jam bulan berikutnya rm150..aku mmg nak pi..tunggu masa yg sesuai. Tak sabar nak buat baju kurung, jubah yg cun2...harapan aku jgk utk raya tahun 2015 aku nak buat baju family 1 set dgn hasil kerja tangan aku sendiri...

Semoga semua impian aku tercapai dgn jayanya...hahaha

Review Jumpsac Orbit

Al kisahnya, Entah macam mana..aku tak tau la tetiba je boleh terjoin group Malaysian Babywearing. Maka dari group tu aku teracun untuk cuba try test beli SSC (Soft Structure Carier) ni. Banyak jgk pilihan SSc ni. Yg dari luar negara ada, yg malaysia punya pun ada. Tp yg dari luar tu...harganya....mak ooiiiiiiiiiiiii...ha...panjang gitu mak oiiiiii dia. Korang pepaham sendiri la. Ada la harga yg lebih kurang local punya cam boba. Ergo pon masih boleh lagi la (kalau harga sale) hahaha. Aku suka madame googoo (betul ke eja ni) tapi harga dia buat aku ermmmmmm....takpelah...fikir balik...ni kehendak ke keperluan? So sbb takde lagi ssc ni...aku rasa tu keperluan utk aku..tpi ikut bajet yg ada je la...kalau nak beli yg cantik2 yg mahal2...tu dah semacam kehendak aku...so abaikan dulu...hehehehe

Fikir punya fikir punya fikir (setelah bape banyak kali bukak tutup website macam2..haha) so aku decide nak beli jumpsac je. Mula2 nak beli yg moss camo tu. Tetiba masa nak beli..habis stok. Mmg sgt sedih. Padan muka sape.suh lambat sgt decide. Sbb nak sgt beli..so aku amik je la ballerina shoes tu...bg aku cantik sgt sbb aku mmg suka kaler purple terung tu. Lps order..dia kata dlm tempoh 14 hari akan dpt..sbb dia semacam pre order gitu...tapi tak sangka tak sampai seminggu je dah sampai kat umah aku..mak over suka ok!

SSC pertama mak. Jumpsac Orbit Ballerina Shoes On Aubergine. Cantik sgt. Mak suka. Walaupun anak mak 2 2 boy...tapi benda ni nampak 'ke gegirl lan' sikit. Belasah...

Ilham tersangat la excited duk dalam ni. Sampai takmo turun. Lega rasa sbb dia suka. Mungkin sebab selesa kan. Tengok posisi dia pun k2k. Lega beli toddler saiz. Nampak mmg ngam2 dgn ilham yg lg 2 bln nak masuk 2 tahun.

Suami pun nampak kemain suka lagi. Sebab dia dah tak payah nak kena ligan ilham yg lari sana sini. Mmg mudah. Lebih2 lagi kat tempat yg crowded cam padang besar ni. Sampai suami duk pesan, nanti adik baby kena bawak camni jgk..ehehehe..

Tanya suami..ok tak pakai benda ni? Sakit pinggang tak? Sakit bahu tak? Dia kata...ok je...hehe..so secara keseluruhannya mak puas hati dgn jumpsac orbit ni. Berbaloi- baloi.

Ok nak promote sikit..haha..kpd sesiapa yg nak dtg ke kedah dan mencari van sewa di kedah, atau memang orang kedah nak mai jalan2 pi padang besaq ka...peneng ka..hangpa boleh call no ni utk van sewa...no 0137255564 (sue) atau no 0125235574 (badrul). Harga dan service insyaAllah hanya yg terbaik.

Monday, May 12, 2014

Spageti Simple & Mudah

Assalamualaikum....

Hari ni aku nak cite pasal spegeti. Sebenarnya nak di jadikan cerita, aku ni bukan la orang yang suka makan spegeti...dulu aku pernah try tapi mmg kategori tak boleh masuk tekak aku. Sama spesis dengan si sushi..jangan la ajak aku makan...mmg tak jalan..pernah dulu aku try...masuk2 mulut terua rasa nak muntah..masa tu mmg tahan je sbb dekat tempat orang ramai..kang kalo aku muntah sendiri yang malu...so kesimpulannya..bek takyah makan dah lepas tu...hahaha..trauma aku..

Nak dijadikan cite, pregnant kali ke 2 ni pelik skit. Hari tu ada makan2 kat rumah kawan sambut besday husband dia, dia masak spegeti..aku merasa la sikit..peh....masa tu rasa nikmatnya....kenapa pelik sgt? Hahaha..mungkin sbb pregnant..hahahaa...alasan..so aku cepat2 mintak resepi dia. Sbb spegeti yg dia buat la yg tekak aku first rasa terus boleh masuk..so aku abadikan kat blog ni sbb aku tak nak resepi ni hilang. Haha...aku kan jenis pelupa. Aku dah try sekali..mmg sedap gilos di tekak aku..hahaha..perasan..

Ni antara bahan bahannya:

1. Bawang besar, bawang merah, bawang putih potong dadu.
2. Satu sudu rempah kari. Aku guna rempah kari daging.

Tumis dgn minyak sampai naik bau..agak2 dah garing, masukkan;

3. Sos spegethi kimball
4. Satu sudu besar sos cili
5. Satu sudu besar sos tomato
6. 2 3 sudu sos tiram
7. 1 botol sos lada hitam (250gm)
8. Daging cincang
9. Mushroom sup ( chambell sup 1 tin 290gm)
10. 1 tin air kosong
11. Meatball
12. sosej
13. Cepsicum (tapi aku tak masukkan sbb aku tak suka..haha)
14. Cendawan butang potong nipis2
15. Tomato..

Dah masukkan smua tu, perasakan dengan garam & gula secukup rasa. Tapi aku letak sikit je garam ngan gula sbb bahan2 tadi dah ada rasa masing2...

hasilnya mmg mantap la. Anak aku pun suka...hahaha...i like..

SELAMAT MENCUBA UNTUK KALI KE 2 DAN SETERUSNYA BUAT AKU...HAHAHA

Friday, January 10, 2014

Bila Ilham Layan Upin Ipin

Ilham ni peminat upin ipin. Pernah tukar cite karton yang lain pastu dia mengaruk sebab nak tengok upin ipin jugak. Bila bukak balik upin ipin, dia senyap. Kalau tengok cara ilham tengok karton ni, memang kusyuk habis.harap2 dia kusyuk macam ni bila belajar nanti..hehehe...

Hantar gambar ni kat mak uda, ni reaksi dia..

Tak pegang2 tu time mula2 je la..lepas tu...

Amik ko...tengok camni pon boleh..ni kira dah bosan tahap 7 petala langit la ni.  >.<"

Apa pun aku suami isteri takde la bg ilham layan karton 24 jam. Sebab aku pun masa kecik langsung tak suka tengok cite karton. Hahaha..tolong jgn tanya aku bab karton lebih2. Sure aku jd blurrr. Ni bila ada kelapangan masa je. Sehari ilham nak tengok karton kat tab pun kdg2 tak dpt. Aku tak nak ajar dia sgt takut nanti dia leka tak bak berenggang dgn gajet. Aku lebih suka ilham main permainan2 yg dia boleh pegang dan explore. Konon2 nak buat batang eskrim warna warni untuk ilham belajar kenal warna tapi, mana aku nak cekau batang eskrem byk2? Hahaha...beli je la menan educational toys yg murah2..yg penting dpt belajar kan.k la...next time aku update lg.bye...assalamualaikum..

Wednesday, November 6, 2013

Ilham 9 Bulan

Assalamualaikum..

Ilham dah 9 bulan.. cepatnya masa berlalu...skrg ni semua orang suka layan dia. main dgn dia..budak tgh nak membesar. rasanya time macam ni la yg best nak main dgn dia kan.. dia pun tgh ligat sangat. Ilham skrg dah laju gila merangkak. part paling best bila dia nampak aku, dia akan merangkak laju-laju dtg kat aku sambil gelak-gelak.. Ya Allah...moment yg sgt indah.. aku rasa setiap ibu akan rasa betapa bahagianya saat macam tu...kalau lepas balik kerja, dia nampak aku, dia akan ketawa melonjak-lonjak.hilang terus semua penat nampak muka dia yg sangat happy tu...

Doa mama, semoga Ilham sentiasa dalam lindungan Allah SWT. jadi anak solleh, bijak. mendengar kata, sihat tubuh badan dan dijauhkan dari segala marabahaya. Mama sayang Ilham sangat sangat sangat...

Thursday, August 15, 2013

Tidurlah Anakku...

Aku suka tengok Ilham tido. Rasa tenang sangat jiwa. Senang hati bila tengok dia tidur lena sebabnya...aku pun boleh tidur dengan tenang..heheheh.. apa-apa pun...mama papa sayang Ilham sangat sangat sangat!

tidur la anakku..

gaya feveret Ilham. ikut macam tok ma dia...

seksinya bibir dia tu..hehehe

Muhammad Ilham Shafiy

Anakku dah membesar.. Sekejap je Ilham dah 6 bulan. Makin bijak dia. Ada anak ni kadang-kadang mencabar, menguji kesabaran tapi yang pasti sangat membahagiakan. Seronok sebab tiap hari dapat tengok perkembangan dia. Kesian kat papa Ilham sebab terpaksa berjauhan dengan Ilham. nak suh mama yang jauh mmg tak la aku nak jauh dengan anak aku kan. tak sanggup...

Sebenarnya banyak benda aku nak post kat blog ni. dari cerita masa nak bersalin, berpantang dan banyak lagi. ada beberapa perkara yang aku nak share. masa berpantang hari tu banyak jugak masalah tapi dengan adanya pak cik google dan petua dari blogger-blogger yang baik hati post kat blog diorang, maka aku dapat menghadapi masalah-masalah aku tu. sbb tu la aku pon nak share kat sini supaya dapat bantu org lain yang memerlukan pulak. nanti ada masa aku publishkan ye...

Sekarang ni layan gambar Ilham dulu...heheheh...

kih3..ingat dia nak nangis kena buli. rupanya menyengih lagi..

lepas nangis sbb mama nak ambik tab dia.... =.=" dia nak layan upin ipin...

hahaha..muka baru bangun tido. sbnrnya masa ni dia tengah gelak-gelak..

Ilham ni susah sangat nak tangkap gambar dia senyum. kira rezeki la kalau tertangkap gambar dia happy-happy. MIL aku kata cam papa dia masa kecik..huhu

Kena buli dengan papa...kesian... 

Semoga Ilham jadi anak soleh...amin...

CHEESE CAKE SEDAP DAN MUDAH DI BUAT

Assalamualaikum..

Tajuk boleh tahan kan? hehehehe. saja la aku nak simpan resepi aku kat sini sebab aku ni jenis pelupa. kang kalau aku simpan kat lain ntah hilang kat mana-mana ntah. kalau simpan dalam blog aku ni sekurang-kurangnya dapat bantu korang-korang yang nak buat cheese kek jgk kan? so ni la resepi aku yg sangat mudah...

Resepi ni untuk 2 biji kek terus. sebab aku buat untuk family kalau 1 kek je mmg tak cukup. ni pun tak cukup. raya tahun depan kena buat 10 biji..hahahaha. kalau korang nak buat untuk 1 kek, pandai-pandai la korang bahagikan 2 yek..eheh...

Bahan: Untuk 2 biji Cheese Cake (Loyang 8.5")
Base (buat untuk 2 kek terus):
Bahan: 1 paket biskut marie munchy perisa asli 300g 1 paket buttercup .
Cara: 1. Hancurkan biskut. Tumbuk biskut dengan lesung. Pastikan tidak terlalu lumat. JANGAN kisar halus. 2. Gaulkan biskut yang telah di hancurkan dengan buttercup yang telah lembik. 3. Pastikan sebati. 4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian untuk 2 base cake. 5. Masukkan setiap 1 bahagian ke dalam loyang dan tekan-tekan. 6. Biarkan seketika.
Layer Cheese Cake: (Untuk setiap satu kek)
Bahan: 1. Cream Cheese Jenama Fatura 500g (pastikan telah dilembikkan) 2. 200ml whiping cream jenama Anchor 3. 2 biji telur gred C (dibuang pusat) 3. Satu sudu kecil (sudu teh) sunquit- untuk bagi masam sikit. Nak letak perahan lemon juga boleh. 4. Satu sudu kecik (sudu teh) isen vanila 5. 120gm gula kastor
Cara-cara:
1. Masukkan cheese cream, whiping cream, gula kastor, isen vanila, dan sunquit. 2. Putar sehingga sebati. 3. Masukkan sebiji demi sebiji telur dan pukul lagi adunan. (Pastikan jangan terlalu lama adunan di pukul. Cukup sekadar sebati sahaja.) 4. Masukkan adunan yang telah siap ke dalam loyang yang mempunyai base tadi. 5. Bakar dalam oven dengan kepanasan 150 darjah celcius selama 30-40 minit. 6. Tengok kalau dasar kek dah keperangan sikit2 maknanya dah masak. 7. Biarkan kek seketika di dlm oven supaya kek tak terkejut dan merekah secara mendadak. 8. Bila dah sejuk, keluarkan kek.sejukkan dulu sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk. 9. Bila kek dah sejuk boleh di hias dengan blueberry. 10. Potong kek dgn menggunakan pisau yang di rendam dengan air panas agar potongan nampak cantik dan tidak serabut. 11. Sedia untuk di hidang.

Ni bahan-bahan yang aku guna

Loyang ni best. Beli kat ikea. murah je. tak ingat berapa RM..20 ke 30? lebih kurang la..hehe

klasik cara aku tumbuk. lantak pi la asal jadi..lol...

campur dengan butter cup

gaul dengan tangan je lagi kaw..uhukkk

tekan atas loyang jadi rata camni

sesi pukul memukul...

pukul janji sebati. jangan lama sangat.

tuang dalam loyang yang dah ada base biskut dgn butter td..

Bakar..kepanasan 150 darjah celcius selama 30-40 minit. Abaikan oven yang comot. :p

Siap untuk 2 biji...

Komen: (ni lepas makan & untuk aku improve akan dtg..)
Base terlalu tebal bagi aku. So lps ni kurangkan biskut kpd 100gm setiap loyang shj @ agak2 nipis je.. (sbb aku tak suka makan base dia. tapi suami aku kata dah ok sbb dia suka makan base tu. terpulang pada masing-masing punya citerasa kot..)
Rasa dah sedap cuma tekstur agak kasar sikit. Boleh buat bg smooth skit. Mungkin boleh keluarkan cream cheese bg cair dulu baru la pukul adunan...
Apapun..kek ni mmg laku gila. sekejap je licin....heheheh.. nasib baik family aku mmg suka makan cheese kek ni so semangat aku nak buat lagi yang sedap-sedap untuk diorg..
Sekian..Selamat mencuba kepada yang ingin mencuba... :)

Alhamdulillah...utk kek tahun 2014..tekstur semakin cantik..haha...masih mengekalkan resepi yg sama..cuma berbeza oven shj..

Happy baking u ols...xoxoxo...

Tuesday, June 11, 2013

Rindu Bertamu ; p

Rindunya lah aku kat blog aku ni... nak buat macam mana? Setiap kali nak update story sikit-sikit, mesti tak lepas nak masukkan gambar. Internet sangat la slow.. bosan kita tau.. huhuhu.. banyak sgt cerita nak di omelkan dalam blog ni. Simpan jd draft je dulu. Nanti bila masa2 lapang, aku akan publishkan. Nak melayan internet yang slow ni alamatnya tak buat kerje la aku... grrrr...

Jumpa lagi.