Tabung Masa Depan

Tuesday, May 12, 2009

5 Universiti M'sia Tersenarai Antara 100 Universiti Terbaik Asia

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Universiti Malaya (UM) mendahului empat universiti tempatan yang lain dalam senarai 100 Universiti Terbaik Asia, kedudukan serantau pertama yang dikeluarkan oleh The Times Higher Education (THE)-Quacquarelli Symonds (QS).

UM menduduki ranking ke-38 sementara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di ranking ke-51, Universiti Sains Malaysia (USM) di kedudukan ke-69, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di kedudukan ke-82 dan Universiti Putra Malaysia (UPM) di kedudukan ke-90.

Pengarah Urusan QS, Nunzio Quacquarelli berkata keputusan yang dikeluarkan oleh QS.com Asian University Rankings, adalah berdasarkan ukuran kecemerlangan serantau sesebuah universiti.

"Universiti yang berprestasi cemerlang ditentukan bukan sahaja berdasarkan kualiti tetapi juga produktiviti kajian mereka, berbanding universiti serantau yang lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata universiti di Malaysia mempunyai prestasi yang baik, dengan jumlah pelajar antarabangsa dan fakulti yang banyak, yang menjadikan Malaysia tarikan kepada pelajar antarabangsa.

Tiga universiti di Hong Kong menduduki lima tangga terbaik dengan University of Hong Kong mengungguli ranking pertama, diikuti Chinese University of Hong Kong di ranking ke-2 dan Hong Kong University of Science and Technology di ranking ke-4.

University of Tokyo dan Kyoto University di Jepun, masing-masing menduduki ranking ke-4 dan ke-5.

QS merupakan pakar maklumat unggul dunia dalam bidang pengajian tinggi yang mempunyai pejabat di London, Paris, Singapura, Tokyo, Shanghai, Sydney, Johannesburg, Boston dan Washington DC.

-Ihsan dari BERNAMA-

4 comments:

suriya said...

Bangga gile jadi warga ukm..huhuhu

piCasA-mE said...

bangge coz btk uni kt m'sia ni yg t'senarai dlm 100 senarai uni t'baik di asia..proud 2 be malaysian...=)

syahrulnizam said...

Rangking dari sudut pelajar/fakulti:

http://www.syahrulnizam.com/2009/05/universiti-malaysia-sarawak-unimas-di.html

NEW HOPE NEW LIFE... said...

tahniah2,,,,aku bangga gak..kui2