Tabung Masa Depan

Tuesday, September 28, 2010

Kakak

Ini adalah anak saudara saya yang ke 6. Nurlisa Ayuni namanya. Namun saya lebih gemar memanggilnya kakak. Gelaran yang dibahasakn oleh dirinya sendiri..Dia ni, anak kepada kakak yang paling rapat dengan saya, jadi sudah tentu anak saudara yang ini sangat rapat dengan saya. Bukan saja saya, malah dia juga sangat senang dengan Acik badnya..

Gambar di atas ini saya ambil ketika pagi hari raya pertama. Malam raya, dia tidur lambat kerana menemani saya membantu mak di dapur. Lumrah keluarga kami akan memasak hampir ke pagi raya. kebiasaannya dalam jam 3 pagi, barulah kami tidur. Kesian saya melihatnya hanya bermain seorang kerana adik dan sepupunya yang lain semua sudah tidur waktu itu..

"Kakak kenapa tak tidur lagi ni?" Saya bertanya.

"Kakak tak ngantuk lagilah.." Jawabnya pendek. Saya tidak berapa percaya kerana saya lihat kadang kala dia terpisat2 seperti orang mengantuk.

"Lapar tak?" Duga saya dia akan menggeleng kerana tabiatnya yang tidak gemar makan. Namun saya silap bila dia mengangguk laju. Owh! kesiannya anak menakanku..huhu

"Jom kita makan ketupat. Nenek dah siap masak. Nak tak?" pelawa saya bersungguh2. Dia mengangguk laju dan terus mengekori langkah saya. Ibunya waktu itu sudah diulit mimpi membiarkan anaknya terkontang kanting sendiri.. ;p

Saya senang melayan anak saudara saya yang ini. Saya lihat dari segi sikapnya, dia menuruni sikap kakak saya. Pendiam dan pemalu pada sesiapa yang tidak dikenalinya. Perwatakannya juga lembut. Terbukti apabila dia sering dibuli oleh adik dan sepupu-sepupunya namun tidak pernah melawan..keh3..Apa yang dia mampu hanyalah menangis... Dengan adiknya, dia sering mengalah. Itulah yang saya kagum pada seorang kakak yang berusia 4 tahun ini..

Gembira saya melihat dia makan dengan banyak. Sesudah makan, dia masuk kebilik dan tidur di sebelah saya hingga ke subuh. Semasa saya bangun, saya lihat dia masih lena dgn tidurnya. Ingin dikejutkan terasa kasihan kerana dia tidur lewat. Lagipun mungkin dia tidak mahu bangun seperti lazimnya...keh3. Jadi saya biarkan saja dulu.

Namun saya silap, tidak lama selepas itu, dia bangun dengan mata terpisat-pisat sambil berkata " Ibu..mana baju raya kakak? hari ni hari rayakan? Kakak nak pakai baju raya la..cepat la bu..."sungguh excited sekali bunyinya. saya hanya tersenyum mendengar kata-kata itu.saya terlupa bahawa bila hari raya, kanak-kanaklah insan yang paling riang sekali. Sekilas saya teringat di zaman kanak-kanak dulu. Walau bagaimana penat sekalipun, saya tak akan melepaskan peluang untuk bangun awal di pagi raya. Selain mahu mendengar alunan takbir yang shahdu, saya juga sebenarnya tak sabar nak melaram dengan baju baru!...keh3

1 comment:

ada AKU KESAH?!!! said...

aku tgk perangai dia mcm ko jek..kehkehkeh