Tabung Masa Depan

Thursday, October 21, 2010

Jawapan Dari 'Kalam ALLAH'...

Rasa sangat letih sebenarnya hari ni. Tapi mood nak menulis kat blog ni tetap membara2..tak tau kenapa..Saya rasa bersemangat menulis sejak kebelakangan ini.. Mungkin kerana sokongan dari rakan-rakan blogger semua... :) Terima kasih saya ucapkan...

Hari ni, saya nak berkongsi sesuatu dengan rakan2..saya rasa benda ni sangat menarik untuk dikongsi bersama. Kita ni, sebagai manusia, mustahil la kalau kita tak ada masalah kan? Tapi biasanya kalau kita ada masalah , kita selalu mengeluh… Saya berkata begitu kerana saya memikirkan diri saya sendiri. Bila saya baca risalah ini, saya jadi sedih...terharu, dan rasa diri ini terlalu kerdil sekali. Risalah ni sebenarnya saya dapat dari sahabat saya. Diterimanya dari lecturer kami. Dan lecturer kami ini mahukan dia berkongsi dengan sesiapa sahaja mengenai risalah ini. Lebih-lebih lagi buat mereka yang ditimpa musibah. Al kisahnya, lecturer ini, dia pernah accident teruk 1 ketika dulu. Nyawanya sudah di hujung tanduk . Alhamdulillah, ALLAH panjangkan usianya..Kata lecturer itu, dengan membaca risalah ini, semangatnya jadi kuat….Jom kita baca sama2 apa dia sebenarnya…

SEDARLAH…!!
Bila kau letih dan hilang semangat…
ALLAH tahu betapa kau telah cuba sedaya upayamu.
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu kedukaan…
ALLAH telah mengira titisan air matamu.
Bila kau rasa ketinggalan,
Dan masa pula meninggalkanmu…
ALLAH sentiasa setia disisimu.
Bila kau telah mencuba segalanya,
Tapi tidak tahu tujuan…
ALLAH adalah jalan penyelesaiaan.
Bila kau merasai semuanya tidak bererti buatmu, keliru dan kecewa…
Ingatlah, ALLAH adalah jawapannya…!!!

YAKINLAH….!!!!

“Kenapa pula aku yang diuji?!”
“Apakah manusia itu menyangka begitu mudah mereka akan dibiarkan sewenang-wenangnya mengatakan; “Kami adalah orang beriman!”, walhal mereka belum pun di uji lagi? Dan sesungguhnya KAMI (ALLAH) telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya DIA (ALLAH) mengetahui orang-orang yang dusta/ membohong."  [Surah Al-Ankabut: Ayat 2-3]

“Kenapa aku masih tak dapat apa yang aku impikan?”
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu itu, padahal sebenarnya ia teramat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, walhal sebenarnya amat tak elok langsung bagimu, ALLAH SWT mengetahui segala sesuatu, sedangkan kamu tidak mengetahui sesuatu apa pun (yang baik, mahupun yang tak elok untuk dirimu).” [Surah Al-Baqarah: Ayat 216]

“Kenapa Ujian yang aku terima ni sangat berat?!!”
ALLAH tidak pernah membebankan seseorang itu, melainkan dengan sesuatu yang sesuai dengan kemampuannya untuk memikul perkara tersebut.”[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]

“Rasa frustnya…!!!”
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati (akibat ditimpa ujian), kerana darjat kamu dinaikkan lebih tinggi lagi oleh ALLAH (lantaran sabar bertahan dengan ujian berkenaan), jika kamu orang-orang beriman.” [ Surah Ali Imran: Ayat 139]

“Bagaimana aku harus menghadapi kesukaran hidup ini?!”
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam melakukan segala perkara kebaikan), dan perteguh kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh kamu di medan perjuangan), dan bersedialah *(dengan kekuatan pertahanan di daerah sempadan)* serta bertakwalah kamu dengan ALLAH supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan di dunia dan damai di dalam syurga, di akhirat).” [Surah Ali Imran : Ayat 200]

*(dengan kekuatan pertahanan di daerah sempadan)* juga bermaksud  diri manusia sentiasa dikelilingi syaitan berbentuk manusia dan jin yang menghasut dan menyesatkannya. Manusia mesti sentiasa menentang syaitan ini melalui menguatkan iman, membanyakkan amal soleh dan membanyakkan doa memohon pertolongan ALLAH kerana doa itu senjata melawan syaitan dan penguat jiwa bagi orang beriman. (Hadith Nabi SAW)

“Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan penuh bersabar, serta tidak pernah tinggal mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu tersangat susah dan sukar untuk dilaksanakan, melainkan amat mudah jika orang berkenaan betul-betul tunduk dan patuh dengan segala perintah ALLAH (kusyuk).” [Surah Al-Baqarah: Ayat 45]

“Apa yang aku dapat dari semua ini?!”
“Sesungguhnya ALLAH telah membeli daripada orang-orang beriman, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga buat mereka sebagai harga belian tersebut.” [ Surah At-Taubah: Ayat 111]

“Kepada siapa aku perlu mengadu dan meletakkan pengharapan?!”
“Cukuplah  ALLAH menjadi penolongku, tiada Tuhan selain daripada-NYA. Hanya kepadaNYA (ALLAH) aku bertawakal.” [ Surah At-Taubah: Ayat 129]

“Aku sudah tidak dapat bertahan lagi!!!”
“… dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya hanya orang kafir sahaja yang berputus asa dengan rahmat ALLAH (amat tidak bijak dan tidak wajar bagi orang beriman untuk berputus asa dengan rahmat ALLAH). [Surah Yusof: Ayat 12]
                                                                                    
Kawan-kawan…indahkan ‘Kalam ALLAH’.Setiap apa yang kita persoalkan ada jawapannya. Semoga ia berguna buat semua…

                                                                     Salam manis…
 
3 comments:

nurkass said...

salam perkenalan..

alhamdulillah..risalah ni betul2 menginsafkan..

Matahari said...

terima kasih ye...kita kongsi bersama.. :)

Winda said...

makasih postingannya,, bagus banget, dan sangat menenangkan hati..

salam kenal dari Indonesia..